Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak dapat menahan rasa sebak saat menghadiri majlis pengebumian jenazah empat beradik yang terkorban dalam insiden kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor pada Rabu.
Tambah memilukan apabila ibu kepada anak-anak tersebut memaklumkan anaknya bongsunya, Aishah memang sudah lama berhajat untuk bertemu dengan Ustaz Ebit.
“Ibu bapa hilang empat anak serentak. Menangis sedih sangat baru lepas bersama pengkebumian jenazah empat adik beradik kecil meningggal dunia lemas akibat rumah terbakar.
“Sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan di Muar, Johor. Adik kecil Puteri Aisyah, 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4 tahun dan Fatihah Aisyah 3 tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ibunya asal Kuala Kubu Bharu. Sampai je nampak saya tadi menangis katanya hari-hari anaknya Aisyah nak jumpa ustaz,” tulisnya.
Kata Ustaz Ebit lagi, kesemua wajah empat beradik tersebut berada dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.
Ads
“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar sikit-sikit. Empat beradik dijumpai dibilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas.
“Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini. Terima kasih Majlis agama Islam Johor dan Hospital Muar menguruskan keluarga ini. Allah membalasnya semuanya,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Ustaz Ebit turut sebak saat medengar kisah daripada ibu kepada anak-anak tersebut berhubung insiden berkenaan.
“Keluarganya susah. Di rumah tiada perabot tv pun tiada. Tiada barang elektrik. Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah tuhanku sedihnya dengar,” akhirinya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan turut menzahirkan selain turut mendoakan semoga keluarga tersebut diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
“Syurga buat mereka Ya Allah. Berikanlah kekuatan buat ibu dan ayah ini menghadapi ujian beratmu. Moga diangkat darjat mereka dan dirahmati dunia akhirat.
“Semoga roh-roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
“Ya Allah, kau angkatlah beban hidup hambamu ini. Ringankanlah beban hidupnya sekeluarga. Kurniakanlah kesihatan dan keberkatan hidup didunia dan akhirat.
“Besar dugaan ibu bapa ini. Semoga Allah berikan kekuatan,” antara komen-komen netizen.
Ebit Lew pada masa sama merakamkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan petugas Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar yang memudahkan pengurusan jenazah keluarga berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datin Alyah menjawab tuduhan warganet di Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM) yang mendakwa dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan keberadaannya ke Langkawi baru-baru ini.
Alyah, 40, terbang ke pulau peranginan itu bagi menjalani penggambaran video muzik single terbarunya, Thank You Allah dari 4 hingga 7 April.
“Sejak saya berada di Langkawi, pelbagai DM yang saya terima antaranya seperti yang saya muat naik di media sosial. Itu belum lagi nombor tak dikenali. Salam tidak apa pun tidak, terus maki hamun saya persoal itu dan ini mengenai SOP.
“Saya masih seorang penyanyi dan bekerja di bawah syarikat rakaman sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan. Ia bukan hanya pada halwa telinga sahaja, tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga.
“Pihak saya dan pasukan Like Music Sdn Bhd ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan video muzik lagu terbaru saya Thank You Allah. Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya, memang betul ia terjadi tapi semuanya atas pemintaan bagi menyiapkan video muzik terbaru saya.
“Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen. Kami sedaya-upaya menyediakan segala dokumen perjalanan dan surat kebenaran daripada pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf,” katanya.
Menerusi hantaran itu, Alyah yang juga isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS turut memuat naik surat permohonan merentas negeri bagi menjalankan penggambaran tersebut.
Alyah turut berkongsi surat atau permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainmnet yang masih sah sehingga 18 Januari 2024.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Benda baik itu lebih baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga anda sendiri.”
Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana dipercayai susulan tindakan suaminya, Syamsul Yusuf yang mahu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Puteri Sarah, ini masa sesuai untuk Syamsul mengaku gosip sebagaimana didakwa jika benar.
“Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya,” tulisnya.
Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu di dalam satu hantaran di Instagram Story.
Pelakon Aku Seorang Perempuan ini turut mempersoalkan mengapa berita terbabit tiba-tiba boleh muncul sehingga perlu saman menyaman.
“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman. Untuk apa?,” katanya lagi.
Terdahulu Syamsul tampil membuat kenyataan mahu menyaman Jawi berjumlah RM10 juta susulan badan terbabit didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah.
Dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas sekian lama menyepi daripada pentas Anugerah Juara Lagu, penyanyi, Hafiz Suip akui teruja untuk kembali bersaing di gelanggang yang penuh berprestij ini.