“Nanti tunggu, saya punya baju penuh dengan emas asli.”

Demikian kejutan persalinan yang bakal digayakan Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga selebirti popular, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah di dalam acara berkenaan yang berlangsung pada 13 hingga 17 April depan.

Ifa bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dirancang dan sebolehnya, biarlah menjadi kejutan pada hari kejadian.

Ifa Raziah Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas, Dalam Misi Capai Rekod Dunia Di Star Vendors 2023 Ifa Raziah Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas, Dalam Misi Capai Rekod Dunia Di Star Vendors 2023

“Saya tak boleh nak kongsikan lagi hari apa dan bila. Kalian kena datang. Bila sudah jadi, barulah rakan media boleh temu bual lagi,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Ifa mengakui dia serius dan komited bahawa kali ini, pihaknya optimis mahu memastikan acara Starvendors dicatat dalam rekod dunia dan kini dalam proses untuk merealisasikan perkara tersebut.

“Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan, insya-Allah. Doa-doakan semoga harapan ini akan menjadi kenyataan. 

IKLAN

“Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam.

“Cuma untuk tujuan tersebut, kita tidak menggunakan perkataan ‘Mega Raya’ kerana ia melibatkan budaya dan bangsa. Jadi jika acara ini tercatat dalam Guinness World Book Of Records dia akan menjadi Longest Non-Stop Festival,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Gemercing Rindu itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Khamis lalu.

Ifa Raziah Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas, Dalam Misi Capai Rekod Dunia Di Star Vendors 2023 Ifa Raziah Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas, Dalam Misi Capai Rekod Dunia Di Star Vendors 2023

Mengulas mengenai beberapa festival lain yang difahamkan turut berlangsung pada tarikh sama, Ifa berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu fokus terhadap kelancaran acara yang dianjurkannya.

IKLAN

“Saya tidak takut dengan persaingan memandangkan kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan pilihan ramai orang. Malah soal persaingan ini pun suatu hal yang positif dan sihat.

“Jadi buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati? Kita sama-sama dalam bidang ini dan patut meraikannya. Jadi, sama-samalah kita fokus pada perniagaan masing-masing,” katanya.

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec), selama 100 jam tanpa henti.

Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

IKLAN

Tahun lalu, acara sama berjaya mengumpulkan lebih 350 usahawan bersama 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.

“Jika tahun lalu Starvendors berjaya meraih RM800 juta transaksi urus niaga selama 75 jam ia berlangsung, saya berharap penganjuran kali ini di ‘rumah baru’ kami ini, kutipan akan sukses juga.

“Tambahan lagi kali ini masa urus niaga juga lebih panjang dan kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan nombor satu vendor-vendor di Malaysia,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI