Tidak dinafikan, sinaran bintang dua penyanyi popular iaitu Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan cukup baik meski muncul penyanyi baharu yang silih berganti.

Tiada sebarang kunci kejayaan khusus dalam mencipta sukses, mereka bagaimanapun akui merendah diri dan mengenang jasa antara sikap yang dipraktikan sejak awal terbabit dalam dunia seni.

Malah, mereka juga sentiasa mengenang jasa stesen radio Suria FM yang disifatkan antara platform awal membantu karier nyanyian masing-masing.

Kedua-duanya senada, stesen berkenaan tanpa memandang nama dan status mereka yang masih hingusan di awal kemunculan, mengundang untuk menyanyi di konsert siri Jelajah Suria FM.

“Kalau tanya saya kenapa sentiasa sertai Jelajah Suria kerana saya kenang jasa mereka. Saya ingat lagi, ketika saya tidak dikenali mereka undang saya.

“Bukan sekali tapi banyak kali Suria FM berikan saya peluang untuk mempromosikan diri dan kerjaya seni saya sehingga hari ini,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu berkata, dia pasti akan menyertai jelajah berkenaan jika tidak bertembung dengan komitmen lain.

“Macam mana sibuk sekali pun saya akan cuba sertai sebab saya memang suka,” katanya.

IKLAN

Bagusnya! Haqiem Rusli & Afieq Shazwan Jenis Kenang Jasa, Ingat Zaman Nama Belum DikenaliBagusnya! Haqiem Rusli & Afieq Shazwan Jenis Kenang Jasa, Ingat Zaman Nama Belum Dikenali

Afieq turut bersetuju dan mengakui tidak jemu menyertai jelajah malah sanggup memandu jauh sendiri untuk memastikan dapat beraksi di pentas Jelajah Suria.

Tambah Afieq, stesen radio berkenaan banyak menyokong dan membantu graf kerjaya seninya sehingga ke hari ini.

“Saya memang nantikan untuk sertai jelajah ini kerana peluang berharga untuk bertemu peminat di serata negeri.

IKLAN

“Ini juga antara cara saya membalas jasa dan menyokong Suria FM. Saya juga berharap Suria terus memberikan peluang kepada bakat baharu untuk dikenali dan terlibat dalam siri jelajah mereka,” katanya.

Bagusnya! Haqiem Rusli & Afieq Shazwan Jenis Kenang Jasa, Ingat Zaman Nama Belum Dikenali Bagusnya! Haqiem Rusli & Afieq Shazwan Jenis Kenang Jasa, Ingat Zaman Nama Belum Dikenali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid ketika mengulas mengenai perkara itu melahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan.

IKLAN

Dia berkata menjadi sebahagian dari konsert jejalah menyediakan pentas untuk bakat baharu diperkenalkan kepada khalayak.

“Memang setiap kali konsert siri jelajah kami, akan dimulakan dengan penyanyi baharu dan bakat yang masih segar untuk didedahkan kepada peminat.

“Peluang ini sangat relevan kerana mereka juga pelapis industri hiburan tanah air,” katanya.

Bagusnya! Haqiem Rusli & Afieq Shazwan Jenis Kenang Jasa, Ingat Zaman Nama Belum Dikenali

Bagusnya! Haqiem Rusli & Afieq Shazwan Jenis Kenang Jasa, Ingat Zaman Nama Belum Dikenali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI