Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menggengam trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar edisi ke-95 sekali gus bergelar aktres pertama dari Asia yang memenangi kategori tersebut.

Kemenangan itu diraih menerusi lakonan cemerlang Michelle dalam filem Everything Everywhere All At Once.

“Untuk semua anak-anak kecil yang melihat saya malam ini, ini adalah satu harapan dan kemungkinan yang tiada batas.

“Ini adalah bukti, impian boleh jadi kenyataan.. dan untuk wanita-wanita di luar sana, jangan sesekali biarkan orang cakap yang kamu tidak boleh bersinar, jangan berputus asa,” kata Michelle sebaik menggengam trofi berkenaan.

IKLAN

Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan pesaing seperti Cate Blanchett, Ana De Armas, Michelle Williams dan Andrea Riseborough.

Kejayaan Oscars ini merupakan pelengkap buat Michelle yang sebelum ini turut memenangi trofi bagi kategori sama menerusi Anugerah Golden Globes, Screen Actors Guild dan Indiependent Spirit Awards.

IKLAN

Anugerah Oscar ke-95 berlangsung Dolby Theatre, Los Angeles.  Ia dihoskan oleh Jimmy Kemmel.

IKLAN

Sebelum ini, majalah terkemuka dunia, Time turut mengiktiraf Michelle sebagai Ikon Tahun 2022 di atas kejayaan kerjayanya sebagai bintang Hollywood yang bersinar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI