Selebriti versatil kelahiran Singapura, Roslan Shah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan lokasi ekspo di mana pelakon Kamal Adli diserang tidak mempunyai kawalan keselamatan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bagaimanapun, Roslan, 51, berkata pengawal terbabit sudah berada di luar dewan disebabkan acara itu sudah hampir tamat.

“Penganjur sebenarnya ada sediakan sekuriti di luar dewan.

“Kita tak tahu, benda ni tak pernah terjadi.

“Saya dah 18 tahun bawa rakan-rakan artis nama-nama besar tak pernah terjadi perkara macam ini,” katanya kepada MH.

IKLAN

Roslan ditemui pada majlis sidang media Majlis Buka Puasa Amal bersama Khai Bahar yang berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang pada Selasa.

Menurut Roslan, dia berharap insiden ini dapat menjadi pengajaran buat mana-mana penganjur agar lebih menitikberatkan soal keselamatan.

“Inilah satu pengajaran yang perlu kita berikan kepada pihak penganjur kalau nak buat (acara) ada artis, kena ada bodyguard atau sekuriti.

IKLAN

“Untuk kes Kamal ini, pihak penganjur tidak lepas tangan sebaliknya sentiasa membantu Uqasha dan Kamal.

“Mereka pun datang balai polis dan jumpa Uqasha dan Kamal beri kata- kata semangat.

“Semua kos seperti rawatan Kamal dan kos perjalanan pulang mereka pun ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Kamal telah diserang individu tidak dikenali ketika menyertai acara jualan hari raya di Singapore Expo pada malam Ahad lalu.

Suami pelakon Uqasha Senrose itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan badan akibat serangan berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI