Aktres jelita, Uqasha Senrose hairan apabila watak perampas suami orang atau ‘penyondol’ yang dilakonkannya dalam drama, Isteri Halal mendapat sokongan ramai.

Pada awalnya, dia menjangkakan watak tersebut akan dikecam namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku.

Ditambah pula nama wataknya ialah Eyra sekali gus mempunyai persamaan dengan beberapa kes melibatkan rumah tangga selebriti lain sebelum ini.

Susulan Watak Eyra, Uqasha Senrose Pelik Ramai Sokong ‘Penyondol’ – “Dunia Akhir Zaman Dah Ke?”

“Jujurnya saya pelik, ramai netizen yang komen dalam Instagram, ‘go Eyra, Eyra is back’. Seolah-olah mereka menyokong penyondol.

“Jadi saya tertanya sendiri, dunia sudah akhir zaman ke? Tak kisahlah orang ketiga itu cantik atau apa sahaja alasannya, salah tetap salah. Tak boleh sebegitu,” katanya kepada MH.

IKLAN

Dia juga menyifatkan wanita yang merampas suami orang sebagai tidak sensitif dengan perasaan yang dilalui si isteri.

“Watak perampas ketika ini memang
hangat diperkatakan. Bukan nak galakkan perkara itu pun tetapi seperti perempuan tak jaga hati perempuan.

“Memang lelaki boleh kahwin empat tetapi bukan dengan cara menipu atau memukul. Saya tak tuju kepada sesiapa tetapi kenapa sunah itu sahaja yang lelaki nak ikut?” ujarnya.

Isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu berkata sedemikian ketika ditemui semasa Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 yang berlangsung di Hotel Pullman, Bangsar pada Khamis.

IKLAN

Susulan Watak Eyra, Uqasha Senrose Pelik Ramai Sokong ‘Penyondol’ – “Dunia Akhir Zaman Dah Ke?”

Jelas pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini lagi, dia mengakui agak gentar pada awalnya untuk menjayakan karakter wanita penggoda suami orang.

“Memang takut nak bawa watak ini.
Dalam cerita ini saya memang perampas suami kawan baik sendiri (lakonan Isyariana) ditambah pula iman si lelaki (Aidit Noh) tak kuat dan lemah.

IKLAN

“Penampilan saya dalam cerita ini agak seksi, kucing nampak ikan tak akan tak mahu makan? Malah Eyra ini juga sanggup putus keluarga semata-mata nak kejarkan sangat suami orang itu,” ujarnya lagi.

Isteri Halal yang dibintangi Uqasha turut membariskan nama-nama besar lain seperti Nazim Othman, Aidit Noh dan Isyariana.

Drama 80 episod arahan Uchee Fukada itu kini hangat ditayangkan di slot Tiara pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI