Membawa watak sebagai ketua organisasi rahsia di sekolah berasrama penuh nyata memberi tuah buat pelakon, Amir Ahnaf untuk mengukuhkan kedudukannya selaku pendatang baharu di dalam industri seni tempatan.

Selepas beberapa episod ditayangkan, watak Kahar yang terkenal dengan sikap baran dan sukakan keganasan telah berjaya meninggalkan bekas di jiwa para penonton.

Ketika ditemu bual menerusi program terbaru, MH Next Gen, Amir mendedahkan watak Kahar sedikit sebanyak ada persamaan dengan dirinya.

“Watak Kahar ini, luaran sahaja nampak bengis. Jauh di sudut hati, Kahar ini seorang anak yang sangat manja. Sifat dalaman Kahar ini banyak persamaan dengan saya.

“Saya ini seorang yang manja dan baik hati. Saya lebih selesa bercakap dalam keadaan lemah lembut dan kebanyakkan masanya saya lebih pendiam,” katanya.

Katanya lagi, kejayaannya membawa watak tersebut nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi keluarganya sendiri.

IKLAN

“Watak luaran Kahar pula sangat berbeza dengan jiwa saya. Orang-orang terdekat dengan saya pun terkejut melihat gaya lakonan saya di dalam drama tersebut.

“Ayah dan adik-beradik lain pun macam tak percaya yang saya boleh berpewatakan sebegitu. Mereka kata, itu bukan abang yang mereka kenal di rumah,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, bintang kelahiran program Hero Remaja 2022 ini juga mahu berterima kasih kepada pengarah kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk pertama kali membawakan watak utama.

“Saya sertai uji bakat tertutup yang diadakan untuk drama ini. Pada awalnya, saya diberikan watak Zahrin yang kini dibawakan oleh Fazziq Muqris.

IKLAN

“Kemudian, saya berjumpa dengan pengarah, Anwari Ashraf. Saya mengagumi karya-karya beliau. Dia nampak bakat saya ini boleh dicungkil untuk bawa watak yang lebih mencabar.

“Saya dipanggil untuk uji bakat kali kedua dan diberikan watak Kahar. Saya memang tak sangka dapat bawa salah satu watak utama kerana sebelum ini dah terbiasa dengan watak-watak sampingan,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk terjun ke bidang seni memandangkan dia merupakan pelajar aliran sains tulen ketika di sekolah, Amir mendedahkan darah seni itu datang daripada ibunya.

IKLAN

“Ketika bersekolah, saya dan kawan-kawan ada tubuhkan satu band. Pada waktu itu, jiwa seni sangat memberontak.

“Satu lagi rahsia yang tak ramai orang tahu, ibu saya juga merupakan aktivis teater. Ibu sangat membantu, menyokong dan menasihati saya ketika belajar jurusan teater di UPSI dahulu,” akhirinya.

Tontonan video penuh temu bual bersama Amir di MH Next Gen menerusi saluran Youtube Media Hiburan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI