Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha kini tampil ayu dengan mengenakan hijab, sejak empat hari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer menerusi Berita Harian menjelaskan, dia mulai pasang niat untuk bertudung sejak Ramadan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya seperti yang dipetik.
Duo pereka fesyen dari FM Group, Farel Mikhail dan Jonathan Kok, berdebar menanti reaksi masyarakat terhadap lagu raya pertama terbitan mereka, Si Gadis Lebaran, yang dinyanyikan oleh Aliff Azman.
Lagu ciptaan bersama Tya Amida dan Farel sendiri ini merupakan satu percubaan berani oleh FM Group dalam meneroka bidang muzik.
Menurut Farel, yang juga Pengarah FM Group, keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu hadir setelah melihat usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjaya menapak dalam dunia nyanyian.
“Tak dinafikan memang ada yang cakap, kalau dah jadi designer tu, tak payah sibuk nak cipta dan terbitkan lagu. Fokus sahaja dunia fesyen katanya.
“Bagi saya dan Jonathan, tak salah kami nak mencuba sesuatu yang baharu. Lagi pun fesyen dan dunia seni saling berkaitan. Belum cuba belum tahu.
“Biarlah apa orang nak cakap, kami ambil semangat Datuk Seri Aliff Syukri yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Lihat beliau, orang nak kata apa sekalipun, dia tetap teruskan menyanyi.
“Beliau inspirasi kami. Semangat serta keberanian yang ditonjolkan dalam media sosial sebenarnya memberi dorongan kepada kami mahu pun orang lain yang mungkin masih ragu-ragu membuat keputusan dan takut menanggung risiko.
“Selain itu, antara tujuan kami buat lagu raya ini bukanlah sekadar nak memeriahkan sambutan Syawal dan industri muzik, tapi juga nak berkongsi bakat dalam bidang penulisan lagu,” katanya.
Farel berkata demikian ketika ditemui dalam acara Beautiful Malaysia: Celebrating Malaysia Foods, Arts, Culture and Fashion di Grandmama, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Si Gadis Lebaran Inspirasi Dari Siti Nurhaliza
Lagu Si Gadis Lebaran mengisahkan seorang wanita yang kelihatan anggun dan bergaya di pagi raya, dengan kejelitaannya semakin menyerlah apabila mengenakan busana tradisional Melayu.
Farel tidak menafikan bahawa penghasilan lagu ini adalah langkah pertamanya untuk lebih serius dalam bidang muzik.
“Ketika membuat lirik lagu ini, saya terbayangkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ini kerana, penampilan beliau yang sinonim dengan imej wanita Melayu.
“Bukan itu sahaja, beliau juga antara penyanyi yang mempunyai banyak lagu raya yang popular dan menjadi siulan ramai.
“Beliau juga merupakan bintang yang sentiasa memartabat budaya Melayu. Kami kagum sangat, di sebalik nama besar yang dibina, beliau tak pernah lupa akar budaya kita,” katanya.
Menurut Farel, percubaan pertamanya mencipta lagu dan lirik merupakan langkah awal sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia muzik.
“Ada juga yang bertanya, kenapa tidak kami saja yang nyanyi lagu tersebut. Sebenarnya saya tiada bakat dalam menyanyi, tapi dalam cipta lirik dan melodi tu, saya berusaha yang terbaik dalam menggilap bakat yang ada.
“Saya sebenarnya serius dalam bidang ini. Selepas ini mana tahu saya boleh cipta lagu dan bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL). Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita tak mampu tolak.
“Namun, masih banyak yang perlu saya belajar lagi. Kena buat banyak research, hadiri kelas yang sesuai dan mungkin dalami seni muzik. Semua itu perlukan proses,” katanya.
Martabatkan Fesyen Tradisional
Dalam acara sama, Farel dan Jonathan turut mempersembahkan koleksi rekaan mereka, iaitu 13 jenis busana wanita Melayu dari pelbagai negeri di Malaysia.
“13 jenis rekaan busana wanita Melayu di Malaysia yang kami bawakan bukan sahaja sesuai dipakai ketika hari raya, malah pada hari lain juga. Boleh dikatakan juga 13 rekaan itu mewakili setiap negeri di Malaysia.
“Rekaan bermotifkan songket serta batik ini berinspirasikan wanita Melayu misalnya Puteri Perak untuk negeri Perak, Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), Kebaya Sulam (Pulau Pinang), Kurung Riau (Johor) dan banyak lagi.
“Untuk 13 rekaan ini, saya turut bekerjasama dengan pereka fesyen dari Sarawak, Melakar, Pulau Pinang dan Kedah dalam memenuhi tema tradisional wanita Melayu,” katanya.
Malah Farel optimis menjelaskan Beautiful Malaysia adalah salah satu usaha dalam mengekalkan seni kebudayaan negara dan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Untuk rekod, FM Group yang juga penganjur festival fesyen Precious of Malaysia sebelum ini pernah menerbitkan buku Pesona Kebaya secara eksklusif.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya – Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) itu di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa jam lalu, penyampai radio, Feeya Iskandar ada menitipkan ucapan teristimewa buat suaminya, Nurashid Abd Wahab bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-32 tahun.
Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, Feeya ada berdoa agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki.
“Selamat ulangtahun b.walaupun org ckp kesian rashid dpt bini ting tong tapi syg nak b tahu,org ting tong ni lah yg akan syg u hingga hujung nyawa i.
“Sentiasa ada dgn u waktu susah waktu senang.semoga b di panjangkan usia di murahkan rezeki.semoga allah terus rahmati dan berkati perkahwinan kita ini.i love u so much,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Aqasha terkilan dengan tragedi menyayat hati yang menimpa pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu yang dilaporkan telah meragutnya nyawanya sendiri selepas menjadi mangsa ugutan dan buli siber.
Menurut Aqasha, segelintir individu ketika ini seakan sudah hilang sifat kemanusiaan dek kerana terpengaruh dengan budaya tidak sihat di media sosial.
“Sebagai manusia, saya tak dapat lari dari merasa terkesan dengann tragedi yg menimpa adik Esha.
“Kita telah sampai ke satu titik yang benar-benar menunjukkan bahawa ceteknya kemanusiaan kita kerana terbawa dengan arus media sosial hingga tragedi ini terjadi di negara ini.
“Saya tak mahu sentuh tentang agama. Saya pasti kemanusiaan itu diajarkan dalam setiap agama. Malah yang tak bergama juga harus tahu dasar sebuah kemanusiaan,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Embun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Aqasha turut menyelar tindakan pengecut segelintir pihak yang menghakimi tindakan orang lain dengan berselindung di sebalik akaun palsu:
“Ramai yang terlalu selesa berselindung dibalik akaun palsu dan mencerca. Mengkeji orang lain seperti seorang pengecut sejati yang mungkin tiada didikan atau dibuang ibu ayah sendiri.
“Mengatasnamakan tuhan dan kebenaran.
Tapi hakikatnya mengikut nafsu syaitan. Malah, senteng akal fikiran. Diri tak diajarkan batasan,” ujarnya labu.
Dalam pada itu, pelakon drama Nafsu ini juga berharap dan percaya bahawa pelaku bakal dikenakan hukuman setimpal diatas perbuatan terkutuk itu.
“Saya hanya berlakon. Tapi yang berlaku di luar ini adalah realiti. Saya percaya pada tuhan dan balasan dariNya.
“Tiada yang akan telepas dari penghisabanNya. We reap what we sow. Saya tak perlu berdoa untuk memastikan yang melakukan kekejaman ini pasti mendapat habuannya,” akhirinya.
Pada Jumaat lalu media melaporkan, mayat pempengaruh wanita berusia 30 tahun itu ditemui di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi.
Mendiang disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu Ampang, Ulu Kelang.
Mendiang Esha dipercayai mengalami tekanan akibat diganggu dengan komen jelik oleh beberapa individu yang kebanyakannya menggunakan nama samaran atau akaun palsu, sejak sebulan lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerajaan akan meneliti insiden tersebut selain menggesa Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan terhadap pihak terlibat dalam kejadian yang meragut nyawa pempengaruh tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!