Sebelum membulatkan hati menceburi industri hiburan, aktres Izreen Azminda mengakui telah bersedia dari segi mental dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontroversi.

Izreen atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecuali  dia akan berdepan dengan situasi sedemikian.

“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.

“Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…,” – Izreen Azminda “Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…,” – Izreen Azminda

Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini tidak menafikan keluarga juga turut terpalit dengan kisah sensasi membabitkan dirinya sebelum ini.

IKLAN

Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.

“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.

“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.

“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.

IKLAN

“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.

“Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…,” – Izreen Azminda “Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…,” – Izreen Azminda

Imbas kembali, Izreen mula menceburi karier seni lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2005/2006 sezaman Scha Alyahya dan Datin Rabecca Nur Al-Islam.

Sehingga kini, sudah hampir 17 tahun bintang asal Perlis ini bergiat aktif dalam dunia lakonan.

IKLAN

“Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…,” – Izreen Azminda

Izreen berkongsikan perkara tersebut di dalam program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan. Ini perkongsian penuhnya; 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Izreen Azminda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI