Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly yang selamat menerima menantu pada 21 Ogos tahun lalu akui syukur nikmat apabila kehidupannya lebih harmoni sejak kehadiran menantu yang juga pelakon, Elisya Sandha.
Ditanya reaksi apabila bermenantukan artis, pengusaha The Dim Sum Place menerusi Majalah Nona ini tidak menganggap ia sebagai satu masalah.
Malah baginya, apa yang lebih diutamakan ialah kegembiraan anak-anak.
“Saya tak kisah dan tak pernah memilih nak menantu bukan selebriti atau selebriti popular level international. Saya tak meletakkan apa-apa harapan pun. Pada saya, yang penting anak-anak happy. Bukan saya yang happy tapi anak-anak yang happy. Bila itu pilihan Haq, saya terima sebab saya nak anak saya happy.
“Anak takkan selama-lamanya dengan kita. Dia kena ada hidup dia sendiri dan kita kena hidup dengan orang yang dia sayang dan cinta. Bukan orang yang kita suka. Anak saya pernah cakap, dia takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Elisya Sandha.
“Bila saya redakan perkahwinan mereka, saya rasa itu satu benda besar yang saya buat sebab ini adalah titik permulaan kehidupan dia,” katanya.
Ads
Sheila turut mengenangkan kembali memori pertemuan awalnya dengan adik kepada aktes popular Fasha Sandha itu.
“Jujurnya bila anak bawa Elisya ke rumah, saya macam tak percaya. Bila dengar nama belakangnya Sandha, saya tahu dia adik Fasha Sandha. Masa datang rumah Elisya masih sekolah dan tak berlakon lagi. Dia tunggu dalam kereta dalam sejam tak keluar-keluar sebab takut.
“Saya yang dalam rumah dengar enjin kereta tapi pelik kenapa dia tak masuk. Dah agak mesti dia nervous. Iyalah saya dari umur 15 tahun banyak berlakon watak antagonis. Mungkin sebab aura tu, sampai orang sekeliling takut nak tegur termasuk Elisya,” katanya lagi.
Bakal bergelar nenek tidak lama lagi, Sheila yang sinonim dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan mendedahkan dia teruja untuk menimang cucu sulung tidak lama lagi.
Ads
“Saya tak pernah meletakkan bila sekian tahun Haq dan Elisya perlu ada anak. Memang tak pernah bincang pun. Cuma saya pernah cakap kalau Allah bagi, terima. Jangan kacau perancangan Allah.
“Kalau Allah kata itu yang terbaik untuk dapat anak awal, just terima rezeki. Tak anggap ia seawal ini tapi bila berlaku, sudah tentu saya happy. Saya tak control hidup anak-anak. Apa yang saya buat ialah saya observed dan kalau ada rasa tak betul, saya tegur.
“Mereka lebih tahu perjalanan macam mana yang dipilih, saya terima dan saya mendoakan yang baik-baik,” ulasnya lagi yang bersyukur kerana dikurniakan menantu yang bukan hanya cantik tetapi juga pandai mengambil hati.
“Sekarang ni susah nak dapat menantu yang betul-betul rajin masuk dapur. Memang susah nak cari perempuan pada umur Elisya ni yang rajin untuk turun dapur masak. Masak ni tak boleh paksa, dia kena ada kemahuan sendiri.
Ads
“Saya harap Elisya jadi anak menantu yang baik, isteri baik kepada suami, jadi ibu dan anak yang baik. Jangan lupa di mana kita bermula sebab di situ kita akan berakhir,” katanya lagi.
Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyatakan rasa gembira apabila hajat Hafidz untuk memperisterikan wanita pilihannya, Athira Yuhada tercapai.
Shuhada berkata, dia mendoakan kebahagiaan, sekali gus berjaya membuktikan apa yang didedahkan selama ini adalah benar.
“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.
“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini,” katanya.
Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram.
Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon dan pengacara, Norman Hakim mengakui dirinya turut berduka cita atas pemergian ibu kepada sahabatnya yang juga merupakan penyampai radio, Radin Era.
Menurut Norman, meskipun pada luarannya Radin dilihat agak bersahaja, namun dia tahu apa yang dilalui amat berat untuk ditanggung.
“Disebalik senda dan gelak ketawa, sebelum undur diri dan akhir kata bila saya bertanya dan buka cerita, sahabat saya sempat berkongsi betapa beratnya dia nak terima hakikat yang mama tersayangnya dah tak ada.
“Baru seminggu kembali kepada Sang Pencipta. Ujian untuk dia dah tiba. Untuk kita yang masih ada yang tercinta, wallahualam tak pernah terbayang macam mana nak menghadapinya bila tiba masa,” tulisnya.
Katanya lagi, dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana caranya untuk dia mengharungi detik tersebut andai satu hati nanti ibu bapanya pula yang pergi mengadap Illahi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Memey Suhaiza ini turut menyeru kepada kepada semua pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga arwah ibu Radin ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Mohon sahabat-sahabat semua sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH (dibaca) buat Ruh mama tercinta kepada sahabat saya @radin_era , Allahyarhamah Feridah Binti Hashim yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H seminggu yang lepas
“Semoga Ruh Allahyarhamah ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman…Aamiin Ya Rabb,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Norman bakal muncul dalam salah sebuah episod MHthrowback yang dihoskan oleh Radin tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.
Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.
“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.
Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...