Pelakon Bella Astillah tampil memberikan penjelasannya berhubung tangkap layar perbualan, foto dan videonya bersama pelakon baru, Muaz Zubir yang tular di media sosial sejak malam tadi.
Menurut Bella, tujuan asal dia bersama Muaz adalah semata-mata untuk membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu didakwa curang dengan dua orang wanita.
“Sebenarnya sejak semalam saya mengetahui perkara ini daripada rakan-rakan terdekat dan netizen pun ada bercakap.
“Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?
“Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.
“Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain yang tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cemburu,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis Iftar Ravaka yang berlangsung di K-Town Korea BBQ, Bukit Jelutong pada Rabu.
Bella bagaimanapun akui niatnya itu mungkin kurang baik dan dalam pada masa mahu membuat suaminya cemburu, dia melakukan kesilapan.
Malah perkara itu berlaku pada tahun lalu dan diketahui oleh Aliff dan juga keluarga.
Ads
“Budak lelaki ini baik dan bila kita tak rasa dihargai, dan rasa macam sampah jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa, dan ini adalah kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.
“Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura, dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Penang jadi tiada masalah apa-apa.
“Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kena taubat.
“Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” katanya.
Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran bersama Ruhainies.
Ads
“Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar password. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat itu, mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.
“Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.
“Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban,” katanya.
Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.
Ads
“Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Pendedahan yang dibuat akaun itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Pada hantaran sama, akaun itu turut memuat naik swafoto mereka yang kelihatan begitu romantis.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi kata-kata hikmah buat netizen, Abby Abadi berkongsi beberapa surah Al-Quran mengajak umat Islam untuk sama-sama mengerjakan solat Subuh.
Ulasnya, tidak sujud kepada Allah bermakna tidak percayakan Allah.
“Assalamualaikum. Pagi
“Subuhmu Sahabat? Alhamdullillah. Yg belum tu, kuatkan semangat. Bangunnn! Tak sujud pada ALLAH, maknanya tak percaya ALLAH. Dah kalau tak percayakan ALLAH, nk percaya pada siapa lagi? Bangunnnnn! Subuhh!!
“IMAN TURUN NAIK
Ada beberapa ayat Al-Qur’an Al-Karim jadi bukti bahwa iman itu bisa bertambah dan berkurang.
لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ
“Supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).” (QS. Al-Fath: 4). Dalil ini menunjukkan bahwa iman itu bisa bertambah.
Dalam berbagai ayat berikut juga menunjukkan hal yang sama,
وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
“Dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” (QS. Al-Kahfi: 13).
وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى
“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.” (QS. Maryam: 76)
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى
“Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kpd mereka.” (QS. Muhammad: 17)
وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا
“Dan supaya orang yang beriman bertambah imannya.” (QS. Al-Mudatsir: 31)
MH pernah membaca sebuah artikel bagaimana mencukupkan lima waktu bagi mereka yang baru mula berhijrah. Paling utama adalah solat Subuh dan nescaya kita akan sukar meninggalkan empat waktu yang lainnya.
Foto – Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Risteena ada menitipkan ucapan istimewa buat Isa Khan atau nama sebenarnya Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan.
Sambil memuat naik foto keraian, kek hari jadi berupa PlayStation edisi kelima (PS5) kepada suaminya turut menjadi perhatian!
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada pelakon Ruhainies ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang baik serta penyayang.
“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang pasangan yang sangat hebat. Terima kasih Ya Allah kerana menulis nama Mohamad Fara Aidid sebagai jodoh aku di Lauhul Mahfudz.
“Aku sangat beruntung kerana ada seorang suami yang sangat penyayang dan memberikan aku cinta yang sangat luar biasa. Akan aku jaga hubungan ini hingga ke syurgaMu Ya Allah.
“Suamiku, saya berjanji seumur hidup akan selalu menemani dan menyayangi mu sayang.
Selamat ulang tahun, Ya Qalbi @theisakhan PS5 Birthday Cake by Amazing
@madaboutcake_official,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan dedikasi selamat hari jadi buat pelakon berkenaan.
Malah tak kurang yang mendoakan agar bahtera perkahwinan pasangan selebriti ini kekal buat selamanya.
Penyanyi nasyid, Fitri Haris berkongsi berita gembira apabila secara rasmi dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham di United Kingdom.
Dia menerima penghargaan itu pada 10 Disember lalu.
“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK.
“Secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun.
“Terima kasih Allah .. Alhamdulillah.. gambar2 dan caption lain menyusul, will share more pic n vid sampai jemu..sorry awal2 ya.. #drfitriharis #uum #scimpa,” tulisnya.
Pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada dunia lakonan meskipun usianya kini mencecah 62 tahun.Cruise yang sinonim...