Pelakon Ruhainies memohon kemafaan kepada mana-mana individu yang telah tersakiti, bersempena dengan tibannya sambutan Hari Raya Aidilfitri, esok.
Ruhainies yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain turut memaafkan sesiapa sahaja yang menyakiti.
“Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin from Madinah. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang saya sakiti.
“Saya juga memaafkan sesiapa juga yang menyakiti. Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri di akhir ramadhan ini.
“Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT. Insya-Allah dan amin yarabbal alamin…,” titipnya.
Dedikasi indah itu dikongsikan adik kepada pelakon Risteena ini menerusi hantaran terkini di Insta Stories.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Meerqeen memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai kontroversi yang membabitkan namanya dan kekasih gelap kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 22, dia kini hanya mahu fokus pada karier, misalnya filem terbaharunya iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
“Saya tiada apa yang mahu dikatakan ketika ini kerana semua datang ke sini untuk filem terbaharu saya, Harimau Malaya.
“Saya pun mahu fokus pada kerja saya,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ditanya sama ada kontroversi terbaharu ini memberi kesan pada dirinya, Meerqeen berkata dia kini sedang menjalankan penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi, justeru tidak mahu isu berbangkit itu menganggu kerjanya.
“Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.
“Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang ini sebab saya pun sedang menjalankan penggambaran drama yang agak ‘intense’ jadi sekarang saya lebih fokus pada kerja saya dan juga diri saya. Itu saja,” katanya lagi.
Meerqeen pada masa sama akui tidak membaca komen di media sosial.
“Saya tiada masa untuk sesiapa walaupun keluarga saya pun dalam tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.
“Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon, saya tak tahu apa yang orang katakan sekarang ini.
“Tapi saya tahu apa yang saya lakukan kerana yang penting adalah kerja dan keluarga saya,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai filem arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen berkata dia seronok dapat bekerja di bawah pengarahan sutradara tersebut.
“Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Saya seronok bekerja dengannya dan mengharapkan peminat dapat menerima lakonan saya dengan baik,” katanya.
Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.
Naskhah ni turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk membuka mulut mengenai kontroversi pernikahannya dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Aslam secara senyap pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Marissa maklumkan dirinya harus mengambil kira pelbagai aspek termasuklah nama baik keluarga.
“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.
“Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, dia dan Aslam kini sedang beruasaha untuk memperbaiki segala kemelut yang sedang melanda keluarga mereka saat ini.
“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ditanya mengenai hubungannya bersama suami denga keluarga kedua-dua belah pihak, ini jawapan yang diberikan oleh Marissa;
“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Marissa enggan menyentuh atau memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
“Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Umisya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Marissa Dania Hakim & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengurus kepada pelakon Sophia Albarakbah iaitu Nik Yasmin meminta supaya semua pihak menunggu pelakon itu membuat kenyataannya sendiri berhubung kontroversi yang mengaitkan artis di bawah pengurusannya itu bersama Aliff Aziz.
Nik Yasmin berkata pihaknya maklum mengenai isu itu namun tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana ia membabitkan kisah peribadinya.
“Kita tunggu dia cakap sendiri sebab saya tidak mahu salah cakap sebab saya hanya menguruskan kerjaya dia. Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya dia.
“Kalau boleh kita tunggu Sophia sendiri yang beri kenyataan, saya tak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. Saya pun tak mahu bagi kenyataan yang mengundang, saya tak mahu benda ini jadi lebih besar dan orang memarahi dia.
“Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan benda itu dan sudah tentu kami ada berbincang dengannya kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada dengan dia,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun Sophia tidak hadir pada majlis tersebut. Tambah Nik Yasmin, Sophia tidak hadir kerana menghadiri kelas Bahasa Jepun.
“Ya filem ini penting untuk dia. Tapi dia ada jadual untuk ‘job’ seterusnya, dia sekarang ada dalam kelas bahasa Jepun untuk drama Saga With Love musim kedua. Bulan depan dia akan Jepun untuk drama itu,” katanya.
Terdahulu, kekasih gelap kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih berhubungan dengan Aliff.
Sarah memuat naik perbualan mesej yang mengesahkan merekamasih berhubung dengan Sophia sehingga Mac lalu.
Sarah turut mendakwa sekiranya Sophia sudah tidak melayan Aliff mengapa perlu wujud akaun Instagram palsu untuk berbual.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.