Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan komposer dan pencipta lagu, Allahyarham Pak Ngah Suhaimi mempunyai magis tersendiri dalam menghasilkan lagu-lagu raya yang malar segar sehingga hari ini.

Menurut Siti, kehebatan arwah Pak Ngah masih lagi tiada tandingan kerana karya-karyanya mampu menyentuh jiwa pendengar.

“Lagu Moden Pun Bagus, Ada Kelebihan Sendiri Tapi…,”- Lagu Raya Lama Masih Jadi Pilihan, Siti Nurhaliza Percaya Kekuatan Genre Irama Malaysia

“Pada saya kehebatan lagu raya saya ini terletak kepada penciptanya iaitu Allahyarham Pak Ngah Suhaimi.

“Kebanyakkan lagu raya saya diciptakan oleh Pak Ngah seperti Sesuci Lebaran dan Nazam Lebaran.

“Pak Ngah ini memang insan yang sangat istimewa. Dalam penciptaan lagu raya ini, kehebatan arwah memang tiada tolok bandingnya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Katanya lagi, lagu-lagu raya zaman dahulu juga mempunyai daya tarikan untuk membangkitkan suasana hari raya dalam diri setiap insan.

“Lagu Moden Pun Bagus, Ada Kelebihan Sendiri Tapi…,”- Lagu Raya Lama Masih Jadi Pilihan, Siti Nurhaliza Percaya Kekuatan Genre Irama Malaysia

“Sebagai orang Malaysia, kita memang ada satu citarasa yang tidak boleh kita lupakan iaitu budaya dan muzik-muzik yang melambangkan diri kita.

IKLAN

“Bila balik ke kampung, irama yang sesuai mestilah irama tradisional. Barulah kita merasakan kemeriahan dan kegembiraan,” ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Siti tetap menyifatkan lagu-lagu raya masa kini mempunyai kekuatannya yang tersendiri seiring perkembangan industri muzik semasa.

“Lagu Moden Pun Bagus, Ada Kelebihan Sendiri Tapi…,”- Lagu Raya Lama Masih Jadi Pilihan, Siti Nurhaliza Percaya Kekuatan Genre Irama Malaysia

IKLAN

“Namun, itu tidak bermakna lagu Melayu di zaman moden ini tidak bagus. Lagu mereka juga ada keistimewaan tersendiri.
Kebanyakkan lagu anak-anak muda ini mereka mengikut trend.

“Citarasa mereka juga sudah berbeza tapi bila bercakap mengenai kemeriahan hari raya, kita tak boleh lari daripada genre seperti joget dan zapin.

“‘Mood’ lagu raya lama ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat dan keceriaan untuk menyambut Hari Raya,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Siti memaklumkan dirinya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI