Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah yang sebelum ini ‘freehair’ kini tampil di kaca televisyen dengan imej berhijab.
Berkongsi kisah penghijrahannya di laman Instagram, Ezreena yang mula berhijab bermula 1 Mac yang lalu yang juga kebetulan jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk dan Mikraj mengakui sudah lama memasang niat untuk berhijab namun sebelum ini hatinya belum terbuka.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
Katanya lagi, dia juga berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.
“Apa Yang Membuat Saya Berubah? Kisahnya Begini..” – Ezreena Amir Hamzah
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
Ads
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Syukur Asbab Penghijrahan Allah Beri Kesembuhan Kepada Abang!
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
Ads
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
Ads
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi dan hos senior, Shamsul Ghau Ghau ada mengimbau kenangan ketika saat menjadi juara rancangan hiburan, Sinaran Passport Kegemilangan, pada tahun 1994 lalu.
Sedari itulah, perjalanan seninya bermula dan kini, usia penglibatannya dalam dunia hiburan mencecah kira-kira 26 tahun lamanya.
“Sinaran Pasport Kegemilangan Program ini yang Menjadi Fenomena Baru pada Tahun 1994.
“Pak Su menjadi Juara Pertandingan ini.
Tahun ini genap 26 tahun Pak Su dalam Dunia Hiburan,” tulisnya merakam kenangan.
Pelakon Lana Nodin tampil memberikan komen membabitkan isu hangat, baru-baru ini.
Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, tindakan tersebut hanya akan memberikan kesan buruk terutamanya buat anak kecil bila sudah meningkat dewasa nanti.
“Kalau awak cukup matang, lebih baik diam sahaja daripada membuka aib bapa kepada anak sendiri. Esok budak tu sudah besar tengok malu sahaja.
“Kata nak berpisah secara baik, kenapa nak kena jelaskan dan buka aib? Esok orang buka aib kau baru kau tahu,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Chow Kit itu menerusi ruangan komen di Instagram rasmi sebuah program hiburan.
Pada masa sama, Lana turut menasihatkan agar individu terlibat untuk reda dengan setiap perkara yang berlaku.
“Teruskan kehidupan, Allah sahaja tahu kalau kau sedih tapi bila awak memilih untuk bagitahu satu dunia, mungkin anda bukanlah mangsa. Jadilah bijak,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & kredit Foto: Instagram Lana Nordin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan , Rozita Che Wan menitipkan pesanan buat golongan wanita terutamanya buat mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu, kaum hawa seharusnya menghindari sifat pemalas dan mereka juga setidak-tidaknya harus tahu untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Katanya lagi, anak perempuan juga tidak digalakkan untuk bangun lewat kerana banyak perkara yang boleh dilakukan sejak awal pagi.
“Kami nak bagi tips: Anak dara wajib ringankan tangan tu bersihkan rumah, kemaih rumah sapu sampah ka atau buat apa yang patut.
“Jangan dok malasssssss, bangun wajib awal jadi boleh siapkan banyak benda,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Che Ta turut menambah, sekiranya seseorang anak perempuan itu tidak tahu memasak, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan skil tersebut sebenarnya boleh diasah seandainya mereka mempunyai kemahuan.
“Kalau tak pandai masak takpa boleh belajar sikit sikit tapi kalau pemalas memang tak boleh tolonglah melainkan diri sendiri na
“Baru la bakal mak mertua sayang. Tak gitu? Eh ramai ka yang dah bangun ni? Atau semua dah on the way balik kampung,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama malah ada juga yang menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut.
“Betul tu Che Ta. Kalau pemalas habis la. Memang wajib bangun awal. Baru kerja rumah cepat settle.
“Betul tu. Paling susah pada mak-mak ni ialah nak ajar anak bersih-bersih.
“Suka tengok Che Ta. Menyapu pun cantik gila.
“Setuju sangat. Ini tidak, semua harapkan mak je. Belum lagi kalau sidai kain matahari dah tegak baru nak sidai. Eh rasa nak lempang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Che Ta kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul Tahyul yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Selain Che Ta, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.