Selepas berhempas pulas selama lima minggu, penyanyi senior, rezeki Ayai Illusi ternokhtah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir.
Ayai berada di kedudukan tercorot dengan markah sebanyak 53 peratus selepas gagal menambat hati para juri sejurus membawakan lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal kumpulan Ekamatra.
“Saya tetap bersyukur kepada Allah SWT. Apapun, terima kasih kepada pihak juri, Astro, para peminat, isteri dan anak-anak saya.
“Untuk semua rakan-rakan yang saya sayangi di ASGV, saya doakan yang terbaik buat anda.
Ads
“Semoga ceria selalu dan buat persembahan terbaik seperti biasa. Selamat berjuang,” katanya sejurus tersingkir.
Turut berada di posisi terendah yang hanya dibezakan dengan markah 0.75 peratus ialah Zamani sementara Noryn Aziz pula tidak dapat meneruskan rentak kecemerlangan seperti minggu lalu apabila turut berada di kalangan ‘bottom 3’, hanya raih 60.75 peratus.
Ads
Liza Hanim sukses dengan markah 70.50 selepas sekaligus berada di ranking pertama minggu ini.
Berikut carta penuh markah kesemua bintang bertanding pada minggu ini;
Hantaran yang dimuat naik selebriti popular, Noor Neelofa yang berkongsi wajahnya dalam versi Kecerdasan Buatan (AI) sempena produk terbaharunya di Instagram pada Rabu mencetuskan tular di media sosial.
Menerusi StampliCity Collection itu, Neelofa menyatakan hasratnya untuk menjadikan kempen ‘Stamping Your Mark’ sebagai penerus kepada impak atau legasi masing-masing yang mempunyai keunikan tersendiri.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai memberikan reaksi pelbagai dan tidak kurang yang menyatakan kerinduan untuk melihat wajah cantik hos Next To Neelofa itu sejurus dia memutuskan untuk berniqab sekitar tiga tahun lalu.
Malah, ada juga yang memberi pandangan bahawa wajah asli ibu kepada dua cahaya mata itu jauh lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan versi AI.
Perkara sama turut dikongsikan adiknya, Ameera Khan sambil diakui sebilangan warganet lainnya.
“Kakak jauuuhhhh comey lagi pado AI ni,” tulis Ameera disusuli ribuan tanda suka.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 ‘likes’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah Abu Hasan kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memutar-belitkan kenyataannya sewaktu menjawab pertanya netizen ketika sesi siarann langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Menurut Alyah, pada ketika itu, dia dalam santai menjawab dakwaan yang kononnya dia berkahwin dengan maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS kerana harta.
“Adalah yang bertanya tanyakan soalan mengenai rumah tangga saya. Saya pon dengan ikhlas hati kongsi serba sedikit pekara-perkara yang pernah saya lalui dan kesilapan yang pernah dibuat.
“Dengan niat supaya adik-adik, kawan-kawan jangan lakukan apa yg pernah saya lakukan. Itu saja niat saya.
“Dalam perkongsian itu rasanya tidak keterlaluan dan tidak mengaibkan sesiapa pon. Saya juga tidak terfikir pekara ini malah menjadi besar di media sosial,” tulisnya.
Alyah turut menjelaskan ketika berkahwin dengan Tokram, namanya juga sedang berada di puncak.
Bagaimanapun, penggunaan ayat ‘baru keluar dari hutan’, ‘pokok getah’ dan ‘sawit’ telah disalah tafsir dan penyanyi Thank You Allah ini beri penjelasan bagi elakkan kekeliruan.
“Kenapalah saya nak menghina anak peneroka sedangkan mak saya anak peneroka kot. Maksud saya dalam perbualan live TikTok kemarin.
“Saya berkahwin dgn Tok Ram di saat nama saya menjulang Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa.
“Bukan saya tiba-tiba keluar dari parit ke? Hutan ke? Kelapa sawit ke? Pokok getah ke? Jadi bila headline portal-portal yang mengambil cerita ni menjadikan
pekara yang remeh menjadi besar,” tulisnya.
Perkara tersebut dijelaskan Alyah menerusi hantaran terkininya di Instagram, sambil menyifatkan jodohnya bersama Ramli MS sememangnya sudah ditakdirkan.
“Satu lagi, saya ni memang anak orang susah tapi Allah SWT rezekikan saya suara untuk saya mencari rezeki dan membantu keluarga.
“Jadi, isu saya kahwin Tok Ram kerana harta itu memang sangat tidak benar dan saya percaya jodoh milik Allah SWT dan dengan jodoh ini juga saya belajar banyak pekara baru untuk menjadikan saya lebih dewasa,” akhirinya.
Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepanjang tempoh hampir sedekad bergelar anak seni, pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang menjadi idaman ramai berjaya diraih penyanyi Aina Abdul.
Terbaharu, figura cemerlang ini terus konsisten memahat nama dalam satu lagi detik kemasyhuran membanggakan di persada antarabangsa apabila terpilih mewakili negara sekaligus mengharumkan nama Malaysia untuk beraksi di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
Penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional Korean Broadcasting System (KBS) yang telah berlangsung di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, pada Ahad.
Ia turut menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari 11 negara telah terpilih untuk menjayakan acara penuh gemilang tersebut termasuk Malaysia yang diwakili oleh Aina Abdul.
Manakala 10 penyanyi lain yang turut terlibat terdiri daripada Tia Ray (China), Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo+ (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam).
Persembahannya menerusi lagu Terus Hidup berjaya memukau hampir 2,000 penonton. Lagu ikonik tersebut juga pernah
Mengulas lanjut mengenai persembahannya di pentas gah ‘ABU TV Song Festival 2023’, Aina Abdul menyifatkan ia sebagai satu penghormatan.
“Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya kecapi sebagai penyanyi.
“Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Manakala KBS pula merupakan antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K-Pop.
“Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan ini akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.
“Walaupun hanya sebuah lagu, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia. Dalam masa yang sama, kesempatan beraksi di festival tersebut turut melengkapi hasrat saya untuk menghiburkan peminat di luar negara.
“Terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah Seoul sanggup ‘travel’ jauh semata-mata ingin menonton persembahan saya secara ‘live’,” katanya.
Aina yang baru sahaja melancarkan album sulung turut meluahkan rasa bertuah kerana dapat meraih pengalaman bekerja di luar negara.
“Jujurnya,rasa cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi handalan dari rantau Asia-Pasifik, malah dapat mengutip pengalaman bekerja dengan krew produksi televisyen antarabangsa yang cukup berdedikasi dan profesional.
“Segala urusan berkaitan program juga berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Walaupun terdapat kekangan bahasa, namun tiada sebarang masalah yang timbul kerana segalanya telah disusun secara terperinci dan teratur.
“Pihak KBS juga turut menyediakan khidmat penterjemah untuk semua peserta bagi memudahkan komunikasi.
“Saya berharap persembahan ini dapat mempersonakan kesemua audiens. Manalah tahu, mungkin selepas menonton program tersebut, nama saya di Korea Selatan semakin diingati, peminat semakin bertambah dan mereka mula mengikuti evolusi muzik Aina Abdul.
“Besar harapan agar selepas ini saya akan menerima lebih banyak undangan untuk kembali beraksi di sini, mungkin untuk projek kolaborasi yang lebih istimewa, insya-Allah. Terima kasih, Korea untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aina bakal mengadakan konsert solo berskala besar ‘A Night With Aina Abdul’ 3.0 anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Aina Abdul Entertainment (AAE) di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.