Penyanyi Ernie Zakri mengakui mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata, terutama selepas anak sulungnya, Nur Khawla Soleha, semakin membesar.
Bagaimanapun, Ernie dan suaminya, penyanyi Syamel, perlu merancang dengan teliti atas kesibukan jadual kerja mereka.
“Khawla sudah masuk usia tiga tahun. Saya memang ada perancangan untuk hamil kali kedua, tapi saya nak tunggu Khawla besar sedikit. Mungkin ketika usianya empat tahun. Kita tengok dahulu keadaannya bagaimana.
“Pekerjaan saya dan Syamel ini memang perlukan perancangan. Saya tidak boleh mengandung secara tiba-tiba. Kita kena susun perjalanan itu dengan cantik.
“Syamel pun ada perancangannya sendiri iaitu untuk keluarkan album. Saya tidak mahu fokusnya beralih. Untuk punyai cahaya mata bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan komitmen yang besar dan pemahaman daripada pasangan,” katanya kepada MH.
Ads
Anak Mula Bertanya
Dalam pada itu, penyanyi lagu Aura ini turut berkongsi bahawa anaknya sudah mula bertanya mengenai kehadiran adik kecil.
“Saya bukan nak ada seorang cahaya mata sahaja. Anak saya pun sudah mula bertanya. Saya pun tak tahu dari mana dia belajar. Mungkin daripada neneknya.
Ads
“Baru-baru ini, Khawla ada bertanya, dia nak baby kecil yang lain. Baby kecil yang keluar daripada perut ibunya. Nampaknya, dia sudah mula memahami sebab usianya sudah besar.
“Dia juga berkawan dengan orang-orang besar di rumah. Kita pun bagitahu dia, kena tunggulah dahulu. Insha-Allah ada rezeki nanti,” ujarnya lagi.
Rutin Ramadan
Sementara itu, Ernie turut berkongsi sepanjang Ramadan ini, dia lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas sibuk dengan jadual kerja sejak tahun lalu.
Ads
“Selama hampir dua minggu kita berpuasa, saya banyak berada di rumah. Memang saya nak luangkan masa yang banyak bersama keluarga saya. Saya nak jadi suri rumah yang cantik di bulan puasa ini.
“Saya nak masak buat keluarga setiap hari. Lagipun, bulan Ramadan ini bulan ibadah. Kita akan luangkan masa bersama untuk beribadah,” katanya.
Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri sulung yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini memegang status hajah, Farah Lee menerusi entri terbaru berkongsi detik istimewa pertemuan semula dengan anaknya, Maream Esabell selepas sebulan terpisah.
Ulasnya, kadang kala kita gusar untuk meninggalkan anak pada jagaan orang lain, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.
“Detik-detik jejak kasih setelah sebulan terpisah, hingga terpelanting phoneku.
“Kita selalu risau untuk tinggalkan anak pada jagaan orang lain. Ketahuilah, yang menjaga mereka itu Tuhan.
“Kadang mereka dijaga lebih baik dalam jagaan lain berbanding kita, tak mustahil jika itu yang diizinkan Dia,” tulisnya.
Selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi, pelakon Uqasha Senrose kembali mengejutkan ramai apabila tampil memuat naik hantaran terkini di Instagram.
Hantaran yang turut memaparkan momen perkahwinannya itu turut menjadi sorotan warganet.
“Allah Maha Besar, MasyaAllah satu lagi, saya dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 jam 9 pagi.
“Tapi di sijil nikah, aku dinikahkan pada 4 November 2021. Jam 9.30 malam.
“Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini? Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin?,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Uqasha turut mendakwa dirinya dan keluarga seolah-olah telah dipermainkan.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh ahli keluarganya dan bapa saya dimanipulasi oleh si dia dan keluarga untuk kata sah sebab sudah ada wali?
“Ustazah dan ustaz mohon tolong saya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Uqasha telah menuntut permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Namun, prosiding tersebut ditangguhkan ke 28 Oktober depan selepas Kamal tidak hadir ke mahkamah.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Najwa Latif selamat menimang cahaya mata pertama pada 11 November 2025, bertepatan dengan ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Momen istimewa ini disambut penuh syukur dan kasih.