Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel akui teruja apabila berpeluang untuk mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media yang berlangsung di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Syamel, ini merupakan kesempatan buat dia dan isteri untuk mengeratkan lagi hubungan bersama pihak media dari kalangan baharu dan lama.

Syamel & Ernie Nasihat Artis Baru Agar Merendah Diri, Hargai Tugas Media

“Ini hanya sesi beramah mesra dan mengeratkan ukhwah di antara saya, Ernie dan rakan-rakan media. Terima kasih kepada yang sudi hadir.

“Kami lebih mengenali rakan-rakan media yang sentiasa ada ketika awal pembabitan kami dalam industri. Kini, ada juga rakan-rakan media baharu yang mungkin kami belum sempat kenal.

“Kalian memang tidak putus-putus menyokong bukan sahaja kami tetapi juga artis-artis lain di Malaysia ini,” katanya.

Ads

Media Main Peranan Penting

Sementara itu, Ernie menganggap pihak media memainkan peranan yang sangat penting dalam kerjaya seseorang anak seni meskipun dunia ketika ini lebih tertumpu terhadap media sosial.

Syamel & Ernie Nasihat Artis Baru Agar Merendah Diri, Hargai Tugas Media

“Saya bermula di industri ini pada 2009. Saya berada di fasa pertengahan di antara media lama dan baharu. Ketika di syarikat rakaman lama, saya sudah diajar untuk bekerjasama dengan pihak media.

“Saya banyak belajar dengan artis-artis senior seperti Ramlah Ram, Ziana Zain, Anuar Zain dan ramai lagi. Tanpa pihak media, tiadalah cerita mengenai kami walaupun platform media sosial kini semakin besar.

“Ia bukan sekadar berita yang diterbitkan tetapi lebih kepada hubungan yang telah kita dibina bersama selama ini. Kalau kami buat konsert, andalah yang membantu menguar-uarkan kepada masyarakat,” katanya.

Ads

Pentingnya Hubungan Baik

Ditanya sama ada mereka pernah terasa hati dengan tindakan pihak media sebelum ini, ini reaksi Syamel;

Syamel & Ernie Nasihat Artis Baru Agar Merendah Diri, Hargai Tugas Media

“Bagi kami, inilah yang membezakan bila seseorang artis itu mempunyai hubungan baik bersama pihak media. Setakat ini, belum ada lagi berita-berita yang luar biasa mengenai kami.

“Andai kata perkara itu terjadi, ukhwah yang terjalin inilah yang membuka ruang untuk kita berkomunikasi bersama. Kami memilih jalan ini agar lebih mudah untuk mohon pertolongan.

Ads

“Lagipun, kami masih baru di dalam industri jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan media yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Tak dinafikan banyak ilmu yang kami belajar dari kalian,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hidup Dalam Mati ini turut menasihatkan para pendatang baharu untuk sentiasa merendah diri dan menghormati tugas pihak media.

“Pada saya, kita jangan ‘feeling’ la. Adab kena ada dahulu. Kebanyakan mindset artis-artis baharu, mereka telah ditanam dengan persepsi buruk terhadap media.

“Bagi kami pula, daripada kami fikir yang bukan-bukan, apa salahnya kita saling mengenali untuk tahu fungsi pihak media.

“Jangan pula kita bertanya kepada orang yang bukan ahli. Dari situ proses pembelaran itu bermula,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI