Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah percintaan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan bekas kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman yang dikatakan sudah temui nokhtah.
Hubungan percintaan Aazief bersama bintang instafamous Tyra telah berakhir dua bulan lalu.
Bagaimanapun, remaja berkenaan sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar bersama bintang instafamous Sharifah Rose mulai tersebar.
Difahamkan, foto tersebut telah dimuat Sharifah dan ada pengguna media sosial yang kembali kongsi foto tersebut di Twitter.
“That’s it and that is the tweet,” tulis netizen.
Lalu, perkongsian tersebut telah menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen di laman media sosial tersebut.
Rata-rata netizen memberi reaksi terhadap Sharifah malah ada juga yang labelkan tuduhan perampas kepada bintang instafamous berkenaan.
Apapun, barangkali Aazief dan Sharifah sekadar berkawan rapat, apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
Foto : Twitter Najwa, Instagram Sharifah Rose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan instafamous, Sharifah Rose merakam foto bersama.
Sekali gus, ia menjadikan kisah mereka tersebar luas sekali gus ada yang membuat andaian mereka berdua sedang dilamun cinta.
Terbaru, Aazief dan Rose sekali lagi dilihat keluar berdua bersama-sama di sebuah pusat membeli -belah di Cyberjaya.
Malah, aksi mereka dirakam individu secara diam-diam.
Hal ini secara tidak langsung, telah mengundang rasa tidak selesa Aazief yang dianggap ia sebagai ‘gangguan’.
“At what point dies this become harassment?
“You know, we’re both humans with real emotions. We’re not part of your psycho fan-fiction fantasy. At what point do things like this be deemed as “crossing a line?”
“I can’t even go on a date with someone without ppl getting all up in my business about it. So here’s my explanation, not that any of you deserve one.
“I’ve been single for a months, and so has she. The notion that its wrong to date after a breakup is ridiculous.
“Just because i dont play the ‘sad ex bf’ role, doesnt mean I didnt process the breakup in an adequate way.
“Im sorry I dont pretend to be sad online over something that dindt work out. Stop projecting your own fantasies of me and my ex gf onto whoever I date next, thats psychotic.
Dalam pada itu, Aazief tanpa rasa segan silu memuat naik gambar penuh mereka bersama agar tiada lagi individu yang merakam aksinya bersama Rose.
“Since people are so concerned about taking our pics together in public, here’s one for the road.” tulisnya.
Malah, Aazief menegaskan bahawa dia tidak lagi mahu dikaitkan dengan bekas teman wanitanya, Tya Kamaruzamman
“I hope this puts thing into perspective. I think ive had enough of the internet demonising whoever I date.
“Im not sorry for moving on. If I was, I’d still be with my ex gf,” tegasnya.
Terdahulu, pelbagai spekulasi dilontar netizen hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra sebelum ini.
Imbas kembali, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak dua bulan lalu.
Rose pula sebelum ini dikatakan pernah berkawan rapat dengan penyanyi remaja, Ismail Izzani.
Foto : Instagram Aazief
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang pemilik restoran, Fizul Nawi yang juha merupakan suami kepada pelakon, Nadya Syahera mengaku bersalah pada Selasa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, Februari lalu.
Memetik Utusan Online, Fizul atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizul Md. Nawi didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.
Seksyen berkenaan memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.
Sementara itu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain, dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.
Hakim Saifulakmal Mod. Said kemudian membenarkan permohonan tersebut seterusnya menetapkan 26 September depan untuk keputusan jatuh hukum.
Mahkamah pada masa sama turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.
Menerusi Instagram, Fizul turut berkongsi foto tangannya yang bergari.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).