Pelakon Uaqasha Senrose menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 baru-baru ini.
Dirai meriah dengan kehadiran ahli keluarga menerusi lampiran foto yang dimuat naiknya di Instagram, Kamal Adli dilihat turut hadir memeriahkan majlis.
Menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada Nelydia Senrose ini turut menzahirkan rasa syukur selain mengucapkan terima kasih atas kejutan yang dibuat insan tersayang.
“Haih 28 dah kita wak … nak umur 18 balik heeheheh . apa2 pun qasha alhamdulillah masih lg diberi nyawa n sihat tuduh badan dan masih disayangi heheh thank you so much my family without fail surprise kan qasha every year .. i love you guys so much,” tulisnya.
Pelakon Shukri Yahaya telah selamat menimang cahaya mata keduanya, sebentar tadi.
Berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di Instagram, bintang 7 Hari Mencintaiku 2 itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isterinya, Tya Adnan.
“Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena.
“Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni, Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin,” tulisnya.
Malah, sepotong video pendek yang merakamkan sisi wajah permata hatinya itu turut menjadi perhatian wargamaya.
Finalis Hero Remaja tahun ini, Umar Badrol Hisham atau sinonim dengan sapaan Umar Hisham mengakui dunia glamor bukanlah kehidupan ‘ala kayangan’ seperti yang digambarkan segelintir individu.
Tekanan mental dan kemurungan ada kalanya menjadi asam garam di kalangan selebriti, namun semuanya dikaburkan di sebalik kemewahan dan populariti.
Perkara itu mulai dirasai sejak menyertai Pencarian Hero Remaja 2020.
Mengakui bukanlah siapa-siapa hatta Instafamous, namun jelas Umar, penglibatan dengan Hero Remaja membuka mata kepada perspektif baru dalam hidup. Resipinya mudah, mulakan dengan langkah kanan dan doa kepada Yang Satu.
“Saya faham penerimaan orang berbeza-beza. Cara saya mudah, orang tidak akan mudah jatuhkan kita jika kita bijak membawa diri. Tekanan tentu akan ada bila diri terdedah kepada netizen, namun hidup kena sentiasa beringat.
“Sebab itu pentingnya memilih siapa yang berada di sekeliling kita. Saya bukan siapa-siapa apabila masuk Hero Remaja, malah bukan Instafamous pun. Tidak pernah rasa menjadi perhatian dalam apa yang dilakukan, namun sepanjang berada bersama Hero Remaja, saya rasakan tempias tekanan dalam diri.
“Jadi daripada situ, saya sudah merancang perjalanan dalam dunia seni. Rasanya kehidupan peribadi tidak perlu dicanang untuk jadi popular. Ada sahaja pelakon yang popular namun kehidupan peribadi disembunyikan seperti Bront Palare. Menjual diri biar bertempat,” kongsinya ketika dihubungi.
Mengakui bukanlah ‘budak baik’ namun ulasnya, hidup kena bijak. Tidak gentar andai ada yang cuba mengorek kisah silam, jelas pemuda berusia 22 tahun ini, dia dikelilingi insan yang penuh aura positif.
“Saya mengaku bukanlah budak baik, namun melakukan perkara yang mengaibkan, tiada dalam kamus hidup. Kalau sekadar nakal budak lelaki, biasalah. Sebab itu pentingnya memilih kawan kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kehidupan dan membentuk karakter kita,” kata Umar jujur.
Walaupun tidak pernah menerima serangan secara peribadi daripada netizen, jelas Umar, sesiapa pun tidak terlepas daripada kecaman di ruang siber.
“KIta hidup pada zaman 2020, semua akan terkena tempias. Jadi tidak pelik dan ia semacam adat. Biasalah kalau kita berbeza pendapat, apa yang membezakan, cara kita hadapinya. Tapi kalau kita salah, mengaku dan minta maaf,” ulasnya lagi.
Umar antara lima finalis Hero Remaja 2020 yang bakal berentap di pentas akhir pada 16 Julai ini.
Saksikannya secara langsung di Astro Ria dan Ria HD, jam 9.00 malam.
Bintang Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan disahkan positif COVID-19.
Selain ratu Bollywood itu, anak perempuannya, Aaradhya turut disahkan positif.
Mereka kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Aishwarya and Aaradhya have also tested COVID-19 positive. They will be self quarantining at home.
“The BMC (Brihanmumbai Municipal Corporation) has been updated of their situation and are doing the needful.The rest of the family including my Mother have tested negative.
“Thank you all for your wishes and prayers,” tulisnya.
Aishwarya and Aaradhya have also tested COVID-19 positive. They will be self quarantining at home. The BMC has been updated of their situation and are doing the needful.The rest of the family including my Mother have tested negative. Thank you all for your wishes and prayers 🙏🏽
Sebelum ini, Abhishek dan Amitabh turut disahkan positif wabak yang menjadi pandemik kini itu.
Keduanya masih dirawat di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai, India.
Perkara itu dimaklumkannya juga menerusi Twitter dan mereka disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
Earlier today both my father and I tested positive for COVID 19. Both of us having mild symptoms have been admitted to hospital. We have informed all the required authorities and our family and staff are all being tested. I request all to stay calm and not panic. Thank you. 🙏🏽
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.