
Kata orang, dalam kesemua rezeki yang dikurniakan kepada kita, terselit juga rezeki buat orang lain.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak ganjaran yang akan kita peroleh dikemudian hari.
Terbaru, pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati Rizki ada memasang hajat untuk berkongsi rezekinya.
Menurut Anim, bermula bulan ini, dia akan memilih satu Jumaat dalam setiap bulan untuk memberi sumbangan buat 10 individu yang memerlukan.
“Mulai bulan ni dan seterusnya (doakan sampai bila2 tau) Anim akan pilih 1 Jumaat dalam setiap bulan untuk bagi sumbangan kepada yang memerlukan.
“Ada 10 slot untuk setiap kali sumbangan dilakukan. Siapa yang rasa memerlukan sangat sumbangan ini atau kenal mereka yang memerlukan sila DM Anim ya.
“Sesiapa sahaja boleh dapat, nanti Anim akan pilih,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Anim lagi, sumbangan yang ingin diberikannya itu tidaklah banyak tetapi cukup jika ia digunakan sebaiknya.
“Sumbangan/sedekah ni tak banyak sangat untuk setiap individu.
“Tapi korang pandai-pandai la guna untuk kebaikan. Ok thank you,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan Anim itu selain turut mendoakan semoga dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Anim bersama suami kini sedang menghitung hari menanti kedahiran cahaya mata sulung merake yang dijadual akan dilahirkan pada September ini.
Sumber: Instagram Anim Ezati
“Saya Masih Ingat Lagi Ketika Zaman Belajar…,” – Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras, Niat Ikhlas Madammu Nak Bantu Dimakbulkan

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tidak menafikan antara sebab dia terbuka hati untuk sama-sama terlibat di dalam program mStar Baek apabila terkenang kisah lamanya yang pernah terserempak dengan bintang legenda, Zaiton Sameon sebelum ini.
Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 34, menjelaskan, ketika dia masih mengikuti pengajian, dia pernah melihat Zaiton jalan seorang diri di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.
Lalu dia pasang niat, untuk membantu penyanyi berkenaan apabila sudah berkemampuan.
“Saya sebenarnya ada momen tersendiri apabila berkongsi kisah dengan beliau. Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, saya pernah terserempak dengan Zaiton berjalan kaki bersendirian di sekitar kawasan Cheras.
“Daripada situ saya sudah mula terdetik mahu membantunya jika berkemampuan… Apabila melihat nama Zaiton tersenarai, saya memang teruja dan sebab dia juga saya terus bersetuju menaja program tersebut,” katanya.
Terdahulu, program berkenaan mempunyai objektif membantu barisan selebriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan ketika ini yang mana mereka sebelum ini menjadi individu banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.
Selain Zaiton, antara artis lain yang disantuni termasuklah Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.
Dalam pada itu, Madammu berkata, hatinya turut tersentuh apabila turun padang bertemu beberapa selebriti yang dalam keadaan susah selain diuji masalah kesihatan ketika menjalani penggambaran program tersebut.
“Nama-nama mereka yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka.
“Nama-nama yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka. Saya cukup tersentuh apabila melihat hidup mereka kini. Ada yang hidup susah dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan.
“Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang. Mungkin saya sendiri yang akan menziarahi mereka nanti,” katanya lagi.
Menerusi sidang media sama, Madammu menyerahkan wang tunai selain set penjagaan kecantikan kepada barisan selebriti yang terlibat.
Selain sumbangan wang tunai dan barangan lain daripada Noir, mereka turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas seperti beras dari Jasmine, tepung (Era) dan gula (CSR) serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Hadirmu Meletakkan Syurga Pada Tapak Kakiku,” – Indah Nukilan Syifa Melvin Buat Saif Sulaiman

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin menitipkan nukilan istimewa sempena kelahiran cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada tanggal 30 September lalu.
Dalam nukilan tersebut, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu.
“Terima kasih anakku kerana hadirmu, Tuhan meletakkan syurga pada telapak kakiku,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Syifa turut menyifatkan kehadiran dua insan istimewa iaitu suami dan anak telah melangkapkan kehidupannya saat ini.
“Terima Kasih Tuhanku telah hadirkan dua orang manusia yang menyempurnakan perananku di dunia ini.
“Menjadi bidadari bumi dengan gelar ibu dan isteri,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syifa dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Tahniah Syifa. Selamat berpantang.
“Tahniah Syifa. Tahu-tahu dah beranak. Alhamdulillah. Semoga anakmu membesar dengan sihat. Selamat berpantang sayangku.
“Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan kedua orang tuanya. Ameen.
“Kapsyen Syifa buat sebak. Baru terasa macam kita ini bidadari sebenarnya. Tahniah Syifa,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 November 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & kredit video: Instagram Syifa Melvin
Penampilan Sentiasa Memukau! Ini Tiga ‘Stail’ Lesti Kejora Yang ‘In Trend’ Hingga Jadi Ikutan

Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi pastinya ada diklangan anda yang familiar dengan nama penyanyi dangdut dari tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.
Dalam setiap penampilan yang digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya. Meski kini bergelar ibu muda kepada seorang cahaya mata lelaki.
Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Hingga ‘In-Trend’ serta menjadi ikutan serta sorotan para peminatnya dan juga wargamaya.
Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora? Khususnya bagi wanita-wanita bekerjaya!
Di sini MH sertakan tiga inspirasi stail ‘Modest Hijab’ yang sopan dan anggun persis Lesti dan bagaimana anda boleh menggayakanya!
Tampil ‘Up-To-Date’ Dengan Gaya Turban Moden!
Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.
Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.
Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam.
Hitam Polos Tetap Classy!
Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan berona hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya hijab yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan!
Simple Dan Sofistikated Untuk Ke Pejabat
Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata anda cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya yang ringkas ini amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.
Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenis ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal atau ke pejabat.
Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!
Sumber: Instagram @lestykejora
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.