“Rasa terharu, ada sebab mengapa dia memilih saya untuk berduet.” Itu ungkapan yang diberikan penyanyi, Sufi Rashid ketika berkongsi momen terakhirnya menyanyi bersama-sama Allahyarham Sandra Dianne.

Kedua bintang itu berpadu suara ketika dalam saingan minggu ketiga program realiti, Big Stage 2020 (BS2020) dalam minggu duet menyampaikan lagi Aku Kau Dan Muzik yang dipopularkan oleh Akim & Stacy.

“Hadir Dengan Pakaian Serba Putih, Tapi Arwah Kelihatan Murung,” – Sufi Rashid Cerita Pengalaman Duet, Anggap Arwah Sandra Sebagai Adik

“Saya ada tanya arwah, dia memilih saya kerana punya pengalaman menyanyi secara langsung atas pentas.

“Malah lagu yang bakal dinyanyikan juga sesuai dengan vokal kami.

“Jadi sebab itulah saya terima dan lakukan tugasan untuk berduet bersamanya,” katanya.

Sufi pada masa sama mengakui cukup senang dengan sikap yang dipamerkan arwah seterusnya menganggap Sandra seperti adik sendiri.

“Ketika itu saya ada pelawanya untuk buat latihan dan di rumah dan layaninya seperti ahli keluarga.

IKLAN

“Bagi saya apa yang istimewanya pada arwah, kita dah mula rasa sayang padanya. Ibarat seorang adik yang mendengar kata, tak kurang ajar dan sopan santun.

Dia ada karektor yang membuatkan orang senang bersamanya.

“Hadir Dengan Pakaian Serba Putih, Tapi Arwah Kelihatan Murung,” – Sufi Rashid Cerita Pengalaman Duet, Anggap Arwah Sandra Sebagai Adik

“Daripada situlah saya dan isteri anggapnya sebagai adik dan ambil berat terhadapnya,” katanya.

Sufi menambah sebelum membuat persembahan, wajah arwah kelihatan seperti penat.

IKLAN

“Beberapa hari semasa latihan untuk berduet, saya akan tanya khabarnya juga. Cuma sepanjang tempoh tersebut, arwah tunjukan sikap yang kita tak terjangka.

“Misalnya hadir dengan wajah yang penat, tetapi arwah tidak pula cakap dia penat. Pakai baju yang serba putih, nampak ‘glowing’ dan semua itulah. Tidak terfikirpun…

“Antara hari yang saya rasa dia seolah-olah ‘somewhere else’ ialah pada hari Ahad.

“Kami datang awal. Arwah hadir dengan berpakaian serba putih, tapi arwah kelihatan murung.

IKLAN

“Bukan murung macam orang emosi atau yang putus cinta… Saya pun rasa pelik dan tanya keadaannya secara personal. Arwah kata dia okay, cuma penat.

“Saya tidaklah tanya secara terperinci memandangkan saya tahu dia pun buat perniagaan ikan masin dan sebagainya. Arwah punya banyak komitmen tetapi dia tidak berkongsi.

“Cuma apa yang saya tahum, dia sangat rajin,” katanya lagi.

Sufi terdahulu diundang sebagai penyanyi jemputan pada makan konsert #SandraDalamKenangan pada Ahad.

“Hadir Dengan Pakaian Serba Putih, Tapi Arwah Kelihatan Murung,” – Sufi Rashid Cerita Pengalaman Duet, Anggap Arwah Sandra Sebagai Adik

Selain membuat persembahan, bintang asal Singapura ini juga turut berkongsi kisahnya bersama Allahyarham.

Sandra Dianne menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi pada usia 26 tahun selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI