Sejak semalam, nama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi sebutan hangat netizen selepas berjaya menampilkan persembahan memukau ketika berduet bersama penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman menerusi lagu Tamil klasik Munbe Vaa.
Penampilan Siti sebagai penyanyi jemputan nyata menyemarakkan konsert mega, Konsert AR Rahman – Secret Of Success – Live In Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) pada Sabtu.
Malah, para penonton yang rata-ratanya berbangsa India turut terpukau menyaksikan persembahan Siti dan AR Rahman itu.
Perasaan bangga turut dizahirkan oleh rakan-rakan selebriti menerusi beberapa hantaran di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon, Raja Ilya akui tersentuh selepas melihat klip video nyanyian Siti yang dikongsikan penyanyi itu di akaun Instagram miliknya malam tadi.
“Tok ti @ctdk , Omg, menangis kita dengar Tok ti nyanyi lagu Tamil ni. Goosebumps sampai ke anak tekak. All the pronunciation totally spot on. Ilya just truly deeply madly touched and proud to be Malaysian.
“You just make us all extremely proud. Sorry tau Tok Ti kita repost, I can’t take it too much. Berjurai jurai air mata dengar Tok ti nyanyi ni tau. Proud of you. Good Job guys,” tulisnya.
Ads
Reaksi sama turut dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Nabila Huda memerusi satu ciapan di laman Twitter
Menurut Nabila, sebagai rakyat Malaysia, dia juga kagum dengan kebolehan Siti untuk menyanyikan lagu Tamil dengan sangat baik.
Oh my god!! Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil..Power gila!! Pastu audience semua jerit. Goosebump gila!! Bangga nya jadi rakyat malaysia. So proud of her..Sebak kite..Macam member sekolah pulak ek alih2 nak sebak..haha! Tapi betul,rasa sebak..
“Oh my god! Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil. Power gila. Lepas tu audience semua jerit. Goosebump gila.
Ads
“Bangganya jadi rakyat malaysia. So proud of her. Sebak kita. Macam member sekolah pula ye alih-alih nak sebak..haha Tapi betul,rasa sebak,” kongsinya.
Malah, para netizen juga turut mencadangkan agar penyanyi kesukaan ramai itu diangkat sebagai Ikon Perpaduan Negara.
“Ikon Perpaduan. Hasilkan lagu atau kempen dan ambil terus Siti. Rasanya InshaAllah Siti Nurhaliza tiada masalah untuk bersama kerajaan dalam apa jua kempen. Jangan risau, InshaAllah peminat Siti sendiri akan terus menyokong usahasama ini.
Ads
“Malam ni tengok rakan-rakan berbangsa India tweet mengagumi suara Siti Nurhaliza. Arghh so sweet. Untung la mereka dapat dengar Siti nyanyi tamil. Siti memang duta perpaduan negara. Malaysian Sweetheart. No syatuu dik.
“Terbaik Siti Nurhaliza, duta perpaduan negara yang sebenar,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram, Siti akui lega selepas persembahannya itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton yang menyaksikan konsert tersebut.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia juga menyifatkan peluang untuk berduet dengan AR Rahman seperti mimpi jadi kenyataaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Raja Ilya & Siti Nurhaliza, Twitter Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui berasa amat berbangga dengan dirinya selepas berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.
Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, mendaki Gunung Kinabalu merupakan antara perkara paling mencabar yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya, namum dia menyifatkan aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.
Katanya lagi, meskipun pelbagai perkara bermain di fikirannya sebelum memulakan pendakian, namun kekuatan mental yang dimiliki ternyata mampu untuk mengatasi segalanya.
“Climbing Mt Kinabalu was one of the most challenging things I’ve ever had to do, but damn.. it was worth it.
“I’m absolutely afraid of a lot of things, the dark, heights, being alone, and the list goes on.
“Before this climb I’ve cried for many hours just thinking about it, but I decided to face it anyway to prove to myself that I’m stronger than I think,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Ex Aku Pontianak itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Lizzy turut menitipkan pesan buat orang-orang di luar sana untuk sentiasa percaya kepada diri sendiri dalam setiap perkara yang diinginkan.
“So many times I wanted to just give up and thought I’d just die up there hahahaha but somehow I pushed through and made it up and back down!
“I guess sometimes I just have to believe in myself a little bit more, and even when it really feels like I can’t.. I actually still can,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Lizzy.
“Best gila, congratulations Lizzy.
“Yes you’re definitely stronger than you think or imagine.
“You’re actually did it and you’re alive. Haha. Proud of you.
“Truly, well worth the experience,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Lizzy turut dilihat berkongsi beberapa foto yang memaparkan perjalanannya sepanjang mendaki Gunung Kinabalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tapi ya… anda akan tahu nanti tidak lama lagi apabila kes ini dibawa ke peringkat lebih tinggi ke mahkamah nanti. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya lagi.
Bintang berusia 39 tahun itu berkata demikian sejurus sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang di Hotel Mandarin Oriental, pada Jumaat.
Terdahulu, Fazura berkongsi sekeping foto menunjukkan papan tanda sebuah balai polis pada 30 Julai lalu di Instagram.
“Sedikit pencerahan. Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya juga menerusi Instagram stories.
Baru-baru ini, kecoh menerusi di media sosial apabila tularnya foto pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang dirakam bersama seorang lelaki, dipercayai teman baru selebriti cantik berkenaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Elfira mengenai isu tersebut.
Tiba-tiba, viral pula mengenai desas-desus pasangan ini sudah pun melangsungkan ikatan pertunangan pagi Ahad, sekitara jam 10.00 pagi. Difahamkan, majlis yang dilangsungkan di Alam Damai hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Malah pelakon tersebut juga tidak memuat naik apa-apa foto berkaitan majlis yang hangat diperkatakan. cumanya, El (panggilan mesra buat Elfira) hanya memuat naik gambar berbentuk ‘hati’ menerusi Insta Stories awal hari ini.
Ramai yang menganggap, bayangan tersebut dikatakan ada hubung kait dengan majlis tunang yang telah pun berlangsung. Apa pun, kalau betul ada majlis penting melibatkan El pada Ahad, tahniah dari MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...