Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Goo Hara ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong, lapor pihak berkuasa, sekitar jam 6.00 pagi waktu tempatan.
Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini sinonim sebagai bekas anggota kumpulan k-pop, Kara yang disertainya sejak 2008 lalu. Punca kematiannya masih dalam siasatan.
Mendiang dilaporkan kembali memeriahkan dunia seni sebelum dilapor pernah terlibat dalam kes percubaan membunuh diri, sehingga dikejarkan ke hospital, sekitar Mei lalu.
Ads
Terdahulu menerusi entri terkininya di Instagram, bintang itu ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.
Bakal bertolak ke Turki dan Syria bagi Misi Bantuan Musim Sejuk Syria bersama pasukan Sadaqah Centre, Yayadan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra, Dira Abu Zahar dalam laman Instagram merayu sumbangan ramai untuk turut sama membantu masyarakat di sana.
Jelasnya, sasaran sebanyak RM300,000 diperlukan berupa makanan, selimut, bahan bakar, wang tunai dan kit musim sejuk.
“Salam semua .. Insyallah Saya akan bersama-sama dengan tim Sadaqah Centre, Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra bertolak ke Turki dan Syria bagi Misi Bantuan Musim Sejuk Syria pada Januari 2020 ini.
“Kami akan ke bertolak pergi bagi menyampaikan sumbangan anda kepada pelarian Syria di sana dengan sasaran kutipan derma sebanyak RM 300,000.00.
“Kami akan salurkan bantuan dari segi makanan, selimut, bahan bakar, wang tunai dan kit musim sejuk.
“Sumbangan boleh disalurkan ke dalam tabung akaun:
“Pertubuhan Pengurusan dan Pusat Program Sadaqah
562405628612
Maybank Islamic
“Sadaqah Centre memohon dermawan / bantuan ikhlas dari semua sahabat bagi menjayakan program ini.
“Penyumbang yang budiman, walau hanya RM 1 sumbangan anda besar nilainya buat saudara kita di sana. Semakin ramai yang menyumbang semakin ramai yang dapat kita bantu.
“Atau sekurang-kurangnya, SHARE kan post ini agar lebih ramai yang dapat sama-sama membantu.
“Semoga sokongan dan sumbangan anda diberi gandaan pahala dan rezeki dari Allah SWT.
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel awal semalam ada bercerita mengenai perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri, Wawa Zainal pada peringkat awal yang nyata memberi motivasi kerana akhirnya, impian memiliki wisma sendiri sudahpun direalisasi.
Kongsinya menerusi Instagram, pada peringkat awal perniagaan dijalankan, ia hanya bermula di rumah dan tugasnya ketika itu adalah menghantar barang pesanan pembeli ke Pos Laju.
“Alhamdulillah melangkah setapak lagi . Impian untuk duduk di wisma tercapai..bermula dari bekerja di rumah. Wawa la ambil order whatsapp, wawa la yg tulis order, & saya pulak tukang hantar barang ke poslaju.
“Tak sangka hari ini da ada hampir 20 staff & hampir 1,000 resellers @wawacosmeticshq.
“Ya Rabb terlalu byk nikmat yg kau beri.. pinjam kan la nikmat ini selamanya rabb. Kuat kan kudrat kami utk berusaha lebih lagi demi anak2 di bawah @wawacosmeticshq.
“Kepada @w4w4_zainal .. terima kasih kerana setia bersama saya dari zaman susah dlu.. sehingga skg 😭 doakan kami ya. #BibarakathiYaSayyidi,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk golongan selebriti mengucapkan tahniah atas sukses dan turut medoakan agar bisnes pasangan selebriti ini kekal maju jaya.
Terkini, Aeril ada memuat naik foto meja makan yang menjadi ruang buat keduanya mengembangkan idea bisnes selain melakukan proses penghantaran.
“Kalau orang tanya dimana saya bermula. Di meja ni la segalanya kami bermula. Inilah meja untuk wawa tulis postage,meja utk wawa ambik order.meja untuk bungkus postage.
“Inilah meja utk saya dan wawa fikir idea utk kembangkan business @wawacosmeticshq .. banyak jasanya meja ni,” dedahnya yang turut percaya anak-anak adalah antara pemberi rezeki sekeluarga.
Pada Rabu, Aeril dan Wawa ditemu pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk barunya, Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana.
Wawa yang dijangka akan bersalin anak ketiganya awal bulan depan menjelaskan, edisi tersebut dikeluarkan sebagai kesinambungan kepada edisit terdahulu, Unicorn Edition.
“Kali ini kami keluarkan dua variasi untuk pek kali ini. Jadi, kami sarankan pembeli untuk beli keduanya sekali gus kerana masing-masing mempunyai pembayang pipi dan lipstik rona berbeza.
“Selain itu, kami keluarkan ia sebanyak 60,000 unit bagi memberi ruang buat pembeli untuk dapatkan produk ini kerana edisi Unicorn terdahulu habis dalam tempoh pantas.
“Jadi kuantiti edisi ini ditambah bagi memberi ruang kepada pembeli untuk merasai sendiri item solekan keluaran Wawa Cosmetics,” jelasnya lagi.
Pelakon Nadya Syahera menyifatkan fasa perkahwinan bukanlah suatu yang mudah seperti disangka.
Malah, jelasnya lagi di Instagram, diri pernah berdepan situasi sukar dan hampir putus asa.
Namun, bintang ini memasang niat di dalam hati untuk mencapai kebahagiaan.
“Keluarga kecilku. Perjalanan utk jadi sebuah keluarga bukannya mudah. Banyak jatuh bangun berendam air mata jugak.
“Hampir pernah rasa putus asa tapi balik pada hati dan nawaitu yang awalnya hanya ingin ‘BAHAGIA’.
“Datanglah ujian, dugaan, cubaan yg kadang sampai rasa tak mampu nak tanggung tapi sebabkan nawaitu dan izin Allah,
insyaAllah akan ku teruskan cita dan nawaitu itu sehingga akhir hayatku. Ameen,” tulisnya sambil mengharapkan agar mereka di luar sana juga turut mencapai bahagia.
Nadya yang bakal muncul menerusi drama Satukan Rasa, sebelum ini pernah berdepan dengan konflik rumah tangga bersama suaminya, Fizul Nawi.
Bagaimanapun, bahtera perkahwinan pasangan yang kini dikurniakan dua cahaya mata ini kembali mekar apabila masing-masing cuba memberi yang terhadap terhadap satu sama lain.
Keduanya diijabkabulkan pada Fizul pada 25 September 2015.
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.