Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat mengakui dirinya rasa teruja apabila bakal disatukan bersama tunang yang juga hos dan usahawan, Nabil Mahir, esok.

Pasangan selebriti ini bakal mendirikan rumah tangga kira-kira jam 3.00 petang di sebuah masjid di ibu kota.

Jelas Ayda, setiap bakal pengantin pastinya mempunyai perasaan yang bercampur-campur apabila hari bahagia hampir menjelang tiba.

“Gementar Kurang, Tapi Lebih Kepada Rasa Teruja,” – Ayda Jebat Bakal Bergelar Isteri Nabil Mahir Esok

Bagaimanapun, dia bertuah kerana Nabil seorang yang banyak memberikan sokongan dan keserasian bersama membuatkannya lebih bersedia untuk menempuh alam rumah tangga selepas ini.

“Perasaan gementar itu kurang sedikit tetapi saya boleh katakan ia lebih kepada rasa teruja.

IKLAN

“Malah saya sudah beritahu Nabil, bila majlis akad nikah itu nanti, kalau boleh saya nak jadi individu terakhir masuk masjid. Nak elakkan perasaan berbaur itu.

“Mungkin Nabil rasa gementarlah kot sebab dia dipihak lelaki kan? Akan tetapi bagi saya, kami sebenarnya rasa teruja itu lebih memandangkan perancangan ini sudah pun dibuat lama.

“Dokan agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar esok. Terima kasih buat rakan-rakan yang sejak awal memberikan ucapan tahniah.

“Selain memahami kekangan semasa memandangkan kami memilih untuk tidak menjemput ramai tetamu.

IKLAN

“Kami enggan ambil risiko. Kami tidaklah rasa terkilan kerana tiada majlis besar, cuma ketika ini lebih baik diadakan secara sederhana sahaja. 

“Apa yang penting adalah perkara wajib, moga majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik,” katanya.

“Gementar Kurang, Tapi Lebih Kepada Rasa Teruja,” – Ayda Jebat Bakal Bergelar Isteri Nabil Mahir Esok

Ditanya mengenai nasihat orang lama yang tidak menggalakkan pasangan bakal pengantin kerap bertemu saat tarikh kahwin kian hampir, Ayda ada jawapan sendiri.

IKLAN

Jelasnya, mereka sudah mempunyai beberapa kerja yang perlu diselesaikan berdua meski tarikh perkahwinan kian hampir.

“Buat masa sekarang kami ada beberapa projek bersama, selain Nabil juga turut bertindak sebagai pengarah bersama untuk muzik video Parah Parah.

“Jadi ada beberapa komitmen yang perlu kami buat berdua. Lagi pun saya tidak ramai kawan, jadi sejujurnya saya rasa selamat bila dia ada di sisi,” katanya.

Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI