Selepas menghadiri Milan Fashion Week bulan lalu, terbaru Neelofa ada memuat naik beberapa keping foto bersama sedutan video kala dia mengenakan persalinan mewah, Gucci koleksi terkini.
Difahamkan, foto-foto tersebut dirakam November lalu di Shanghai, China. Jom tatap beberapa foto yang telah dikongsikan Neelofa.
Lalu, rata-rata netizen memuji gaya posing dan penampilan Neelofa yang disifatkan cantik dan ada juga yang meminta Neelofa untuk berfesyen tema lain pula.
Ads
Terdahulu, hos program MeleTOP itu ada berkongsi beberapa foto menarik menunjukkan Minggu Fesyen Milan, lengkap menyarung helaian mewah antarabangsa seperti jenama Fendi, Salvatore Ferragamo, Prada dan banyak lagi, khas bagi menghadiri pertunjukan fesyen setiap jenama.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lantas, rata-rata netizen sangat terhibur apabila melihat gambar tersebut. Malah, peminat merasakan gelagat penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu itu kelihatan sangat comel.
Alahai kelakar dan comel betul Sufian ni. Masih minum susu dalam botol ke Baby Pian?
Foto : Instagram Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru, pengurus kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Katanya, penyanyi lagu Anta Permana itu sudah pun berubah jadual serta rutin harian sejak bergelar ibu.
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau.”
“Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk. .”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.”
“Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyahdan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati ( walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu.”
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha.”
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini.”
“Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”tulisnya.
Memuat naik sepotong klip perjumpaan dengan kumpulan popular British, Blue, Kilafairy dilihat cukup teruja apabila diberi peluang bertemu seterusnya mengabadikan momen bersama.
Bagaimanapun, tindakan anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini yang bertindak menutup ruangan komen, seolah-olah tahu video yang dikongsikan itu bakal mengundang kecaman netizen.
Dapat dilihat, Kila memeluk dan mengucup pipi setiap anggota Blue yang baru sahaja mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.
“So… i’ve been performing their songs since i was a kid. YUP i was on stage since i was 9 years old. So yeah that’s that. I can’t type right now, im dying. STARSTRUCK @officialblue ? SHOUT OUT TO @kcnfriends”
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Mungkin terlalu teruja bertemu boyband kegilaan zaman remaja 90-an, ekspresi perasaan yang diberikan itu sebagai suatu penghargaan. Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 10,000 kali.
Foto – Instagram Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Zaki Yamani mendedahkan bapanya yang juga Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, turut mengikuti perkembangan mengenai gosip yang mengaitkannya dengan rakan artis, Azeva Natassha.