“Hidup perlu diteruskan”, itu antara kata-kata semangat buat anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi Fly setelah bergelar solo pada Disember tahun lepas.
Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram penyanyi itu, penyanyi lagu Superfly ini ada memuat naik sekeping foto bersama jurulatih boxing yang dikenali sebagai MD Muhanad.
Untuk rekod, Mimi mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Firdaus pada Mei 2015 sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada Disember 2017.
Foto : IG Mimi Fly, MD Muhanad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis rock senior, Datuk Awie selamat pulang dari mengerjakan umrah semalam.
Ketibaan Awie di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut keluarga dan rakan terdekat. Turut kelihatan ialah bersama peminat yang juga dikenali sebagai Sayap-Sayap Wings.
Menerusi Instagram Sayap-Sayap Awie, akaun berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat semua yang memberikan doa buat penyanyi tersebut sepanjang berada di tanah suci.
“Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya. Terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan doa serta ucapan.
Malah, difahamkan juga, pada 24 November lalu, Sayap-Sayap Wings ada memuat naik satu status sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat penyanyi Tragedi Oktober yang pada ketika itu mengerjakan umrah.
“Sayap-Syap Wings ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Dato’ Awie yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Semoga dipermudahkan serta memperoleh umrah yang mabrur.
“Kami mendoakan agar Dato’ Awie dikurniakan kesihatan yang baik, berjaya dalam apa jua yang dillakukan, dimurahkan rezeki, ceria selalu di samping keluarga tercinta dan diberkati-Nya,” tulisnya lagi.
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.