Misha Omar sekali lagi menjadi perhatian di pentas semi final Muzik-Muzik semalam apabila single terbarunya, Sampai Bila menepati ramalan ramai apabila menjadi antara 11 buah lagu yang berjaya bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).
“Teruja sebenarnya untuk kembali. Malah dengan adanya kawan-kawan lain yang turut bertanding buatkan saya gembira. Ada baru dan lama.
“Malah masing-masing ada kelebihan sendiri dan lagu yang bertanding pun sedap belaka. Saya hormati semuanya,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai tahap kepuasannya di dalam mempersembahkan lagu Sampai Bila yang menjadi pilihan ramai untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) Februari depan, Misha mengakui pada awalnya di agak gementar.
Bagaimanapun, semuanya bertukar apabila mendengar sorakan para penonton.
Ads
“Pada peringkat awal, memang rasa gementar tapi bila tengok dan dengar sorakan mereka, buatkan skala gementar itu semakin menurun, alhamdulillah,” terang Misha sejurus pengumuman 12 buah lagu terbaik yang berjaya mara ke AJL33.
Berkongsi mengenai persiapannya menjelang program muzik berprestij itu, Misha memberitahu dia sekali lagi akan meneruskan sesi belajar vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat, dengan bantuan Syafiq Erwinn.
“Kalau nak tahu, beberapa jam sebelum separuh akhir pun saya telah mengadap Datuk Syafinaz dan di belakang pentas, saya dapatkan bantuan daripada Cikgu Syafiq Erwinn juga. Merekalah yang membantu.
Ads
“Kita cuba berikan vibe yang berbeza untuk malam ini,” akuinya lagi.
Ditanya mengenai aksinya ketika di pertengahan lagu, Misha memberitahu semuanya adalah sebagai drama yang selaras dengan liriknya.
“Kan masa tu part ‘maafkan aku’, jadi saya pun macam ‘eh tak nak dengarlah! So kita memang sengaja kasi drama macam tu,” akhiri Misha secara seloroh.
Ads
Dalam perkembangan lain, Misha sedang dalam persiapan konsert di Istana Budaya April Tahun depan. Turut sama berkongsi pentas ialah Noryn Aziz dan Sarah Raissuddin.
Foto: Instagram Muzik Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jasmin Hamid ada berkongsi beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang disifatkan saling tak tumpah raut wajahnya ketika muda.
Malah, bintang senior ini turut menyatakan andai satu hari nanti dia sudah tiada, peminat boleh menatap wajah adiknya itu kerana paras yang hampir seiras.
Perkongsian tersebut dibuat Jasmin menerusi satu entri di Instagram, baru-baru ini.
“One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya.
“Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je. Dah nama pun adik beradik. Jangan compius tau.
“Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb,” tulis Jasmin.
Pendedahan tersebut turut mendapat perhatian peminat memandangkan pelakon ini agak jarang berkongsi mengenai hal melibatkan keluarganya.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera meluahkan rasa terhadap sikap segelintir peniaga makanan yang didakwa telah menghantar makanan untuk dicuba.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berasa agak rimas apabila sering ditanya dengan pertanyaan sama.
Jelasnya, kalau ikhlas memberi tidak perlu untuk diasak.
Dia bagaimanapun memahami orang yang berniaga, namun tahap kesabaran seseorang juga ada hadnya.
“Awak dah sedekah makanan kat orang tapi janganlah berjuta kali mesej tanya dah makan ke, dah makan ke apa ke.
“Kalau ikhlas memberi tak perlu nak push-push macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak riviu ke apa, terus turn off tak ada selera dah nak riviu.
“Faham awk berniaga, kita kerja tak tentu masa. Sabar itu indah sis. Lama-lama orang dok mesej bertalu-talu minta kita update.
“Lama-lama hilang sabar juga tau,” tulisnya menerusi hantaran di IG Stoeries sambil disusuli dengan tanda palang #maafsistermengadukatsini
Foto: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zarina Zainudddin tidak menolak untuk membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dengan menjaga, mengurus dan membahagiakan anak kembar isitmewanya, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal Azra.
Zarina, 51, berkata, dia berhasrat untuk berbuat demikian selepas adik kembar kepada Muhammad Razil Azrai atau Azil yang juga autisme itu pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagian dia, saya sanggup bagi duit dan gajikan setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?
“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap perkara itu. Sebelum ini ada seorang gadis Indonesia dan cantik orangnya. Tapi sebab budak itu pakai tudung dia tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru kena pakai tudung.
“Tapi saya jelaskan pada dia kenapa kena pakai tudung. Dia cakap nanti sudah tua barulah pakai. Dia bandingkan pula dengan saya.
“Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya.
Menurutnya lagi, Azal tergolong dalam mild autisme berbanding abangnya yang memerlukan pengambilan ubat.
“Azal ini kategori mild autisme. Jadi, boleh buat sama saja macam orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.
“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun. Sebab dia pun nak ada kehidupan dan beli apa dia mahukan.
“Macam Azal sudah ada gaji dan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) sendiri. Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.