Fesyen pelakon Elfira Loy sangat sinonim dengan gaya versatil dan sentiasa up-to-date walaupun bergelar wanita Muslimah yang berhijab.
Sinonim dengan penggayaan shawl dan turban yang seiring dengan arus fesyen semasa, pelakon berusia 24 tahun itu juga tidak pernah kalah gaya dalam menggayakan fesyen.
Terbaru, Elfira berkongsi sekeping foto yang melihatkan dia tampil memakai tudung bawal bewarna coklat terang.
Satu khabar berita gembira buat peminat setia pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang telah merakamkan semula lagu single hitsnya, Yang Terindah Hanya Sementara yang bakal dilancarkan pada Jumaat ni.
Meski hasrat untuk mengeluarkan album tidak kesampaian ekoran pandemik Covid-19, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berharap lagu lamanya yang telah diberi nafas baru ini dapat mengubati kerinduaan peminat.
Susulan dakwaan bertindak kasar sehingga mencederakan bekas tunang, ruang Instagram Syafie Naswip dipenuhi komen netizen yang turut membuat spekulasi pelakon ini mempunyai kecenderungan seksual terhadap kaum sejenis.
Ia makin hangat diperkata berikutan beberapa portal hiburan melaporkan Syafie didakwa bertindak kasar terhadap bekas tunangnya, Aishah Azman selepas wanita ini menasihati Syafie agar menghentikan hubungan songsang dengan kenalan.
Malah, laporan polis juga telah dibuat bagi kes mengasari wanita berkenaan.
Netizen terus membanjiri ruang komen pelakon Songlap ini mempersoal spekulasi yang sedang bertebaran.
Terdahulu, pelakon ini disiasat kerana mencekik dan menumbuk mulut dan muka bekas tunang hingga berdarah dalam satu kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2019 sekitar jam 9.00 pagi.
Pasangan ini bertunang pada 7 April lalu dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga, akhir tahun ini, sebelum menutuskan pertunangan mereka.
Foto : Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi momen setahun lalu saat melahirkan anak keduanya, Muhammad Dayyan.
Kongsinya menerusi Instagram, bersempena dengan statusnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata, hari ini juga genap setahun usia anak keduanya itu.
“Setahun yang lalu. 07/02/2018 adalah tarikh i officially jd mother of two. And Harini genap juga lah setahun umur Muhammad Dayyan.
“Walaupun masa lahir Dayyan terkena jangkitan tapi alhamdulillah skrg dayyan dah sihat.
Membesar dengan baik, sihat dan jd anak yg soleh ya. i love you so much,” tulisnya menerusi posting bergambar serta sepotong video.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama model dan usahawan, Fizul Nawi pada 25 September 2016 dan melahirkan cahaya mata sulungnya pada awal Mac 2017 lalu.
Foto: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan minggu bersaing dan membuktikan kemampuan, penyanyi Ariel Fesol mencipta kejutan apabila dinobatkan selaku juara Big Stage Aplha yang melabuhkan tirai saingannya di...