Pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi sebab dia suka ‘berkarya’ dalam menggayakan tudungnya.
Berkongsi beberapa foto gaya tudung yang lain daripada lain di Instagramnya, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu mengakui dia suka melihat reaksi orang ramai terhadap tudungnya.
“You know by now that I love experimenting when it comes to fashion!
“Weirdly I love seeing people’s reactions when they see me try any new look.
Ads
“And I love it even MORE seeing how I have inspired people to follow my sense of style,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, di ruangan komen pula kelihatan ramai yang memuji Neelofa dan mengatakan dia seorang yang kreatif.
Ssbelum ini, Neelofa pernah berdepan dengan kecaman netizen apabila sering tampil dengan gaya tudung yang berbeza namun itu semua tidak diendahkan olehnya.
Foto/Instagram: Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di ruangan komen, netizen mengakui terhibur dengan video tersebut, malah ada yang memuji susuk tubuh Abam yang kelihatan lebih slim.
Alahai, moga kejadian ini menjadi pengajaran buat Abam supaya jangan terlebih yakin ya, mujur ada ramai rakan-rakan boleh membantu. Apa-apapun, MH sangat kagun dengan semangat Abam untuk kuruskan badan. Keep it up!
Foto/Instagram: Fad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hadir bagi membuat persembahan pada kejohanan Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana baru-baru ini, Syamel mengakui rasa lebih terinspirasi apabila melihat ramai penglibatan anak muda yang mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, meski ada rasa untuk tampil seperti mereka, namun penyanyi Engkau Pun Sama ini bagaimana pun lebih gemar untuk tampil lebih kurus berbanding badan yang mempunyai otot seperti ahli bina badan.
“Suka tengok anak muda badan semuanya cantik. Inspirasi juga bila tengok tambahan pula saya pun dalam proses untuk kuruskan badan. Tapi tak adalah sampai mahu sado. Memadai kalau berat badan turun berbanding sebelum ini.
“Cuma bila saya nak kurus tu, tak adalah saya nak kata tak okay kalau tubuh besar. Cuma saya pernah ‘berada’ di situ. Jadi apa salahnya kalau saya ambil inesiatif untuk turunkan berat badan pula,” jelasnya.
Ditanya berapakah berat badannya ketika ini, Syamel memberitahu berat badannya sekarang adalah sekitar 80 kilogram.
“Sekarang berat dalam 80kg. Dulu dalam 99kg macam tu. Kalau boleh nak turunkan lagi 10kg. target tahun depan boleh capai berat idaman tu. Saya tidaklah terlalu push sangat. Buat pun mana yang termampu,” terang Syamel yang banyak mengisi masa dengan bersukan kebelakangan ini.
“Saya tidak kisah kalau tak dapat makan nasi. Pada masa sama, saya juga akan main fustal sekurang-kurangnya dalam tiga kali dalam seminggu,” kongsi Syamil.
Peminat seni di Indonesia dan negara ini turut tumpang gembira apabila aktor terkenalnya, Baim Wong telah selamat bergelar suami kepada model dan aktres Paula Verhoeven, semalam. Pasangan sama cantik sama padan itu disatukan di dalam suatu majlis yang penuh eksklusif.
Malah pasangan ini juga turut berkongsi momen sekitar majlis seterusnya mengharapkan agar ikatan yang dibina dipermudahkan dan kekal sampai bila-bila.
“Mohon doa restu untuk pernikahan kami,” tulis Baim menerusi salah satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.
jom ikuti beberapa trivia menarik mengenai perkahwinan pasangan selebriti ini.
Mereka telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia dan hanya dengan sekali lafaz, mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
Dengan mas kahwin sebanyak Rp 222.018 (rupiah) dan 11 gram emas, majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup dan hanya diraikan oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti.
Terdahulu, Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula dan mereka mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.
Majlis perkahwinan mereka turut siarkan secara langsung menerusi saluran YouTube di sana.
Baim sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan pelakon, Elfira Loy.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.