Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 baru-baru ini, pelakon Ruhainies sekali lagi diraikan dalam satu majlis kejutan yang dibuat teman rapat serta peminat setianya.
Bertemakan hijau putih, Ruhainies anggun mengenakan gaun senteng bawah lutut pada majlis yang dihadiri kira-kira 30 tetamu itu.
“Saya tak sangka mereka buat juga kejutan ini. Sebab awalnya, pengurus ada memberitahu saya ada perjumpaan dengan pihak klien, bagaimanapun bila sampai saya lihat wajah-wajah kesayangan yang sentiasa ada dengan saya di mana-mana.
“Jadi sudah boleh agak, rupanya ada majlis menyambut hari jadi saya. Alhamdulillah syukur kerana mereka sentiasa ada di sisi.
“Terima kasih juga buat semua rakan media yang sudi hadir,” katanya kepada MH.
Ads
Turut hadir meraikan majlis istimewa itu ialah kekasihnya, usahawan yang hanya dikenali sebagai Mr. E.
Mendoakan yang terbaik buat kekasih, Mr.E turut mengakui mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas kakak Ruhainies selamat berkahwin dengan tunangnya, Isa Khan.
Kami kongsikan foto kenangan yang dirakam sepanjang majlis berkenaan berlangsung.
Demi menunaikan permintaan peminat, Ain Edruce dilihat ada melakukan sesi sesi ‘home tour’ di kediamannya.
Secara eksklusif, video tersebut dimuat naik Ain menerusi saluran YouTube miliknya.
Apa yang menarik, Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce antara lain turut bercerita perihal setiap perincian sudut dekorasi di rumah yang didiami.
Malah, hos program Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan ada dekorasi tersebut merupakan idea perkongsian bersama suami, Amirul Hafiz.
Bintang berusia 29 tahun ini juga sempat berkongsi tips dan nasihat kepada peminat jika ingin melakukan dekorasi di rumah.
“HOUSE TUA.. HOUSE TWA… HOUSE TUEWA… HOUSE TOUR,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kediamannya yang indah selain memuji sikap Ain yang sempoi dan merendah diri meski mendiami kediaman yang baik.
Terdahulu, Ain yang turut aktif dalam dunia komersial ini telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember lalu.
Video: YouTube Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin berkongsi berita gembira apabila menerima bingkisan hadiah berupa pinggan mangguk corak flora daripada Michael Ang.
Jelas Elizad dia tidak menyangka akan menerima pemberian berkenaan kerana dia hanya bertanya di mana boleh set tersebut kepada pengarah tersebut pada awalnya.
“Saya pernah berkahwin, bercerai dan ada anak.” Itu pengakuan pelakon Oktovia Manrose mengenai status dirinya yang jarang dikongsi kepada umum.
Jelasnya lagi, dia sudah pun bergelar ibu tunggal kira-kira lapan tahun lalu dan membesarkan anak lelaki tunggal, Muhammad Rayyan Zafariel,8.
“Disebabkan perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih selesa untuk berada dalam zon selesa di situ sahaja. Ia secara tak langsung membuatkan saya tidak terlalu ‘exposed’ sangat mengenai hal peribadi.
“Begitu juga dengan di media sosial, saya jarang berkongsikan hal peribadi. Selebihnya saya banyak berkongsi mengenai kerjaya,” katanya kepada MH.
Kakak kepada pelakon, Aprena Manrose turut mendedahkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dan menyifatkan apa yang berlaku dalam fasa hidupnya sebagai lumrah kehidupan.
“Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa.
“Meski kami jarang bertemu, akan tetapi dia tidak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik.
“Saya berkahwin pada usia 20 tahun, tahun 2011 dan bercerai dua tahun kemudian,” akuinya.
Ditanya mengenai apakah cabaran tersebar di dalam menjaga anak secara sendiri sejak lapan tahun lalu, Oktovia mengakui permata hati ialah amanah Allah SWT yang perlu dijaga dengan baik.
Malah, Rayyan juga merupakan semangat dan kekuatan hidupnya.
“Untuk membesarkan anak pada usia yang muda bukanlah satu hal yang senang. Apa yang pasti, anak menjadi semangat.
“Kerana dialah saya kumpul kekuatan dan lupakan kisah yang berlaku sebelum ini.
“Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia. Saya dan bekas suami berhubung melalui ibunya demi anak,” katanya yang turut mengakui, dirinya tidak pernah serik untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.
Oktovia terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad.
Selain Oktovia, sembilan selebriti lain turut bernaung di bawah pengurusan sama selama setahun iaitu Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Scha Elinnea, Harris Anuar, Nabil Aqil dan Yasmine Ow.
Sementara bintang media sosial, Nurin Afiqah, Aisar Khaleed dan Najla Shamsul juga berada di bawah pengurusan yang dikenali pelakon dan usahawan Ben Ali bersama seorang rakan kongsi itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Dini Schatzmann akui teruja apabila kandungan media sosial yang dihasilkan bersama isteri yang juga selebriti terkenal, Janna Nick mendapat sambutan positif daripada peminat.Ni