Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin berkongsi berita gembira apabila menerima bingkisan hadiah berupa pinggan mangguk corak flora daripada Michael Ang.
Jelas Elizad dia tidak menyangka akan menerima pemberian berkenaan kerana dia hanya bertanya di mana boleh set tersebut kepada pengarah tersebut pada awalnya.
Pelakon Scha Elinnea tidak menafikan dirinya ada menerima mesej dan foto berbaur lucah daripada golongan lelaki, termasuk yang sudah mempunyai isteri.
Pemilik nama lengkap Natasha Mohamed Mubeen, bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing soal tersebut selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya.
Cuma, bintang muda berusia 21 tahun ini mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati khasnya ketika berada di luar.
“Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh katakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram.
“Ada mesej yang diterima daripada kalangan mereka yang sudah berkahwin, selain orang bujang.
“Ada juga yang ajak saya keluar meski mereka tahu sudah beristeri,” akuinya.
Scha pada masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman berdepan kritikan melampau.
“Setakat ini, tidaklah terima kecaman yang teruk, cuma pernahlah ada yang kata kalau kena rogol ni, sia-sia sahaja.
“Bila saya tengok mesej macam itu saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar bersama teman yang membuatkan situasi akan jadi lebih selamat,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Scha ditemui di sidang media memperkenalkan barisan artis di bawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Scha turut menegaskan pakaian seksi bukan menjadi punca utama kes rogol yang berleluasa, namun ia berlaku disebabkan masalah nafsu dan mental.
“Sejujurnya saya tak rasa seksi itu mendorong ke arah kes rogol.
“Ia atas individu itu, misalnya kalau pemikiran, nafsu yang tidak boleh dikawal…Malah ada juga kes rogol ini melibatkan wanita yang menutup aurat.
“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing,” ujarnya.
Baru-baru ini, penyanyi remaja, Masya Masyitah ada memuat naik sepotong video berkongsi keadaan sekeliling kediaman barunya dilaman Youtube.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai yang kagum melihat pencapaian anak muda berusia 20 tahun itu.
Namun, tidak kurang juga ada segelintir pihak yang melabelkan tindakan bintang cantik itu seolah-olah riak dan menunjuk-nunjuk.
Peka dengan perkara tersebut, penyanyi lagu Hapus itu menjelaskan niatnya berkongsi video berkenaan hanyalah untuk memberi inspirasi kepada remaja di luar dalam mencapai cita-cita dan impian meski dalam usia muda.
“Sebenarnya, nak kata saya selalu menunjuk pun tidak. Baru sekali saya buat video ‘house tour’ tapi ada mulut-mulut orang yang kata saya riak.
“Jujurnya niat saya berkongsi video berkenaan hanyalah untuk memberi inspirasi bahawa bukan orang dewasa sahaja mampu membeli rumah, kita yang remaja pun boleh asalkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu.
“Masa saya beli ketika umur saya baru 19 tahun dan nilai rumah tersebut lebih kurang RM300,000,” katanya kepada MH.
Masya berkata demikan ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Masya turut menyifatkan segala yang dikecapinya ketika ini adalah berkat usaha dan penat lelahnya menyimpan sejak kecil.
“Saya mula kumpul duit sejak pertama kali saya menyanyi ketika umur saya 9 tahun.
“Saya menyertai banyak pertandingan dan dari situ saya mula menyimpan sikit demi sedikit.
“Mana yang patut simpan saya akan simpan, untuk saya belanjakan pun ada juga. Mana yang lebih kita simpan.
“Saya beli rumah tersebut secara tunaj. Bagi saya, kalau apapun saya tak suka berhutang sebab saya rasa macam rugi nak bayar interest dan juga ‘bunga’,” jelasnya jujur yang turut berusaha membahagiakan keluarga tersayang.
Terdahulu, Masya merupakan salah seorang daripada lapan penyanyi di bawah naungan Rocketfuel yang mendengangkan lagu Sehati Malaysia yang juga merupakan lagu tema bagi kempen kali ini.
Malah, slogan ‘Malaysia, Kita Selamat Besama’ turut diangkat sebagai tema untuk kempen Hari Kemerdekaan anjuran Astro.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah dinobatkan sebagai Hero Favourite pada malam final Hero Remaja 2020 lalu, Aniq Suhair ada berkongsi rahsia di sebalik kejayaan tersebut.
Menurut Aniq, dia sememangnya amat rapat dengan para peminatnya dan hampir setiap hari dia akan cuba meluangkan masa untuk berinteraksi bersama mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih. Saya sendiri tak jangka pun semua ni dan tak pernah rancang apa-apa pun. Ia datang sendiri. Mungkin ini kelebihan yang saya ada berbanding orang lain.
“Sebenarnya tiadalah rahsia sangat. Saya dengan fans saya sama je macam orang lain cuma saya banyak communicate dengan mereka.
“Tanyakan khabar, macam mana hari mereka, ucap good morning dan good night.
“Bila kita dah jadi public figure dan ada orang yang menyokong, kita tak boleh sombong dan harus humble sentiasa,” jelasnya.
Akui kini harus berkongsi sebahagian daripada kehidupannya selepas bergelar selebriti, Aniq menjelaskan bahawa dia tetap akan menjadi dirinya sendiri.
“Dalam dunia ni ada orang yang suka kita dan ada juga yang tidak. Saya tak boleh nak puaskan hati semua pihak sebab saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya jadi diri sendiri dan untuk mereka yang tak suka, itu saya tak boleh nak buat apa. Yang suka tu teruskan support saya.
“Mereka sokong saya dari hari pertama dan apa yang saya mampu balas semula adalah saya ingin buktikan yang saya boleh majukan diri dalam industri seni.
“Saya nak satu hari nanti mereka tidak menyesal menyokong saya. Saya mahu buktikan sokongan mereka pada saya tidak salah dan sia-sia,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, jejaka asal Kuala Lumpur itu turut mendedahkan bahawa kehidupannya banyak berubah sejak menyertai program Hero Remaja 2020.
“Sebelum sertai Hero Remaja 2020, hidup saya sangat sendu. Fokus saya hanya study dan kerja dekat kilang.
“Lepas join program ni alhamdulilah rezeki semakin luas. Jika sebelum ini hidup saya tidaklah terlampau sibuk siang study malam pula kerja. Kerja pun tak tentu.
“Selepas join program ini, kehidupan saya agak sibuk dengan shooting dan sebagainya. Itu yang saya mahu sebenarnya. Busy itu yang saya enjoy,” kongsinya lagi.
Tambah Aniq lagi, dia tidak kisah jika ada pihak yang ingin mengambil kesemptan terhadap popularitinya asalkan tidak melampaui batas.
“Kalau mereka ingin gunakan saya, asalkan saya dapat exposure saya tak kisah. Itu win-win situation.
“Tapi kalau dah melebihi batas, tidak senonoh atau tidak menyeronokkan, mungkin saya akan pertimbangkan dahulu,” akhirinya.
Terdahulu, Aniq baru sahaja muncul menerusi drama terbaru berjudul Kebaya Kasut Kanvas bersama seorang lagi rakan artis, Nabila Razali.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.