Pelakon, Lando Zawawi baru-baru ini ada memberi reaksi terhadap video rakaman yang dikongsikan penyanyi Stacy yang tersasul ketika menjadi pembaca berita jemputan bagi projek Komuniti Awani semalam.
Katanya yang sinonim dipanggil Cip di kalangan pengikutnya di Instagram, dia merupakan peminat kepada penyanyi Not For Sale Itu.
Seperti postingnya sebelum ini, Lando berkongsi kata-kata humor di ruangan kapsyen.
Semalam genaplah 23 tahun usia pelakon manis, Raysha Rizrose.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, Raysha atau nama penuhnya Farza Naquraisha Mohd Fariz turut menerima ucapan istimewa dari kakak tirinya, Nelydia Senrose.
“We go waaaaaaay back to the day we were this small and cute.
“I miss this old-baby-you where i can carry you around and pinch you in your sleep and there’s nothing you can do about it hahaha
“But now you have bloomed to become this girl yang KECEK BANYAK and KEPALA PENGAK.
“In other words u have become this smart, articulate and confident young lady that have bright future ahead of you,” tulisnya.
Pada masa sama, Nely turut berdoa agar adik kesayangannya itu sentiasa berjaya dalam hidup.
“I may not say this often but deep down in my heart im proud of what you have done with your life and i believe there’s so much more for you to explore and discover.
“My doa for you is that you get whatever your heart’s desire and may all the happiness in this world be on your side. Amiin.
Happy Birthday to my -mektokberek @raysharizrose . Please show her some love and go wish her k guys,” tulis Nelydia disertakan gambar throwback ketika kanak-kanak.
Pelakon dan hos, Jimmy Shanley ada berkongsi foto throwback perkahwinannya bersama isteri, Mariam Jamilah Abdul Jalil bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, hari ini.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya nyata membuatkan para peminat dan rakan terkejut kerana ‘terkena’.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja kami menjadi suami isteri yang sah, hari ni 7 Jun 2019 ulangtahun ke 5 kami, so far super good.
“Jarang share gambar berdua dan yang pasti wife takkan tinggalkan komen kat ruangan bawah tu kut sebab duk serumah. Anything dia hanya cakap face to face je,” tulis Jimmy.
Terdahulu, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Saleh mendirikan rumah tangga bersama Mariam pada 7 Jun 2014 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata.
Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley.
Foto: Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.