Ketika ini, adik beradik popular, Uqasha, Nelydia dan Raysha Rizrose sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Pemergian mereka ke sana turut disertai ahli keluarganya yang lain.
Menjadi pengalaman melakukan umrah buat pertama kalinya, pastinya ia memberi 1001 momen indah buat ketiga-tiga mereka.
Raysha misalnya beberapa hari lalu ada meminta doa-doa daripada para pengikutnya di Instagram, lalu akan cuba dipohon doa mereka satu persatu di hadapan kaabah.
Penyanyi, Nabila Razali kini tengah hangat diperkatakan mengenai lagu single terbarunya berjudul Vroom Vroom.
Setelah muzik video lagu tersebut dilancarkan di YouTube, ada sesetengah netizen berkata Nabila sengaja menampilkan rakan penyanyi,Ara Johari dalam muzik video tersebut bagi ‘meraih’ populariti dari penyanyi lagu Bunga itu.
Sekaligus ia dilihat mampu meningkatkan publisiti untuk lagu single terbarunya. Benarkah?
MH bertanyakan mengenai isu ini dan nyatanya Nabila tidak sama sekali mahu guna Ara Johari menaikkan popularitinya atau meningkatkan publisiti untuk lagu single terbarunya itu.
Pelakon Hanis Zalikha kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian dengan suami, Hairul Azreen.
Lantas,Hanis telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen apabila dia meluahkan perasaanya yang sedang mengalami mual-mual yang kini berbadan dua.
“I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi ulepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan. Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah, tulis Hanis.
“Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi. Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear). So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”, tulis Hanis panjang lebar.
Hanis turut mengimbau kembali kenangan saat ketika berbadan dua.
“Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita,” tambahnya lagi.
Nyata, para suami perlu menjaga kesihatan dan emosi si isteri ketika mereka sedang hamil.
Foto: IG Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sakit perut melihat keletah Azad Jasmin berlatih watak antagonis menerusi laman Instagram isterinya, Eira Syazira.
Eira menerusi kapsyen berkongsi video lucu yang terjadi antara Azad dan adik bongsunya, Syainie Shuhaimi.
“Seperti biasa Pak Azad menyakat adik ipaq dia @syainieaida.
“Nasib adik la sayang dpt abg ipaq ding dong.
“Bila Pak @azadsyazirarose begitu method menjiwai watak antagonist filem terbarunya. Masalahnya adik bongsu I pulak yg jd mangsa training nya,” tulisnya.
Kedua-dua video yang mendapat jumlah tontonan hampir 600,000 itu memperlihatkan Azad sebagai tuan pengarah yang membuli adik bongsu Eira yang berlakon sebagai pembantu rumah.
Netizen yang terhibur dengan aksi lakonan kedua-duanya terharu dengan hubungan akrab yang terbina dalam keluarga pasangan selebriti ini.
Namun, ada yang menasihatkan agar berhati-hati dalam menjaga hubungan antara ipar.
“Berhati2 dgn hubungan antara ipar sbb Nabi saw ada bersabda yg ipar adalah maut.. hadis sohih.. maknanya kena ekstra hati2 terhadap hubungan bukan mahram ini. Suka atau tak.. tetap kena ada batasan.”
Foto : Instagram Eira Syazira & Syainie Shuhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.