Penyanyi, Nabila Razali kini tengah hangat diperkatakan mengenai lagu single terbarunya berjudul Vroom Vroom.
Setelah muzik video lagu tersebut dilancarkan di YouTube, ada sesetengah netizen berkata Nabila sengaja menampilkan rakan penyanyi,Ara Johari dalam muzik video tersebut bagi ‘meraih’ populariti dari penyanyi lagu Bunga itu.
Sekaligus ia dilihat mampu meningkatkan publisiti untuk lagu single terbarunya. Benarkah?
MH bertanyakan mengenai isu ini dan nyatanya Nabila tidak sama sekali mahu guna Ara Johari menaikkan popularitinya atau meningkatkan publisiti untuk lagu single terbarunya itu.
Pelakon, Uqasha Senrose yang baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa lalu ada memuat naik satu posting menerusi Instagram
Kandungan kapsyen yang ditulis Uqasha antara baik berhubung dengan ucapan bersempena dengan tahun baru.
“Whatever happened over this past year , be thankful for where it brought you , where you are is where you’re meant to be . May this year be filled with magic and dreams , good and madness . Make a change , smile more , be excited . Do new things , throw away what you’ve been cluttering.
“Unfollow negative people on media social . Go to bed early , wake up early . Be fierce . DONT GOSSIP ! Show more gratitude and BE BRAVE . InsyALLAH Alhamdulillah amin,” tulisnya.
Terdahulu menerusi suatu temubual bersama Utusan Online, pelakon sitkom terkini berjudul Spana Jaya X yang bakal bersiaran di NTV7 Februari depan turut berkongsi, dia tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kisah sensasi.
Dalam erti kata lain, Uqasha tidak mahu membiarkan kisah sensasi tenggelamkan profilnya dalam seni.
“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.
“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.
“Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,” katanya.
Malah, dia juga tidak menafikan sehingga kini masih ada peminat yang masih meragui usahanya untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Tidak dinafikan, sehingga ke hari ini masih ada dalam kalangan peminat yang meragui serta mempersoalkan diri tatkala mahu berubah menjadi baik.
“Saya tidak mahu berubah disebabkan mulut mereka, biarlah semuanya ikhlas kerana Allah,” jelas Uqasha.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, band meningkat naik, Kugiran Masdo diberi penghormatan oleh sebuah stesen radio tempatan untuk menjayakan sebuah persembahan tribute bersempena hari lahir penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, persembahan tersebut telah dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa Masdo telah merosakkan lagu nombor satu negara itu.
Nyanyi dah macam orang mabuk ketum. Ini bukan tribute, ini penghinaan tahu tak? Sakit betul hati aku tau ? pic.twitter.com/X7D7VC93JD
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Masdo, Ali Sariah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Twitter miliknya malah, turut mengakui kecewa dengan persembahannya pada malam tersebut.
Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu. Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan. Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih✌?
“Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu. Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka.”
“Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan. Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan memberikan kata-kata semangat kepada Ali untuk memperbaiki kesilapannya itu pada masa akan datang.
Pada pendapat MH, untuk mencapai standard sama seperti penyanyi nombor satu negara itu amatlah sukar. Namun, percubaan berani Masdo itu tetap wajar diberikan pujian.
Sumber: Twitter Ali Sariah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nourul Depp berkongsi foto dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Di ruangan kapsyen, kelihatan dia berasa sangat gembira dapat bertemu dengan anaknya itu.
“She asked me to put “ my twin has come back home”. #ayunazirah #acedepp #deppfamily #thedepps.We are complete.
“Jetlagged sikit ja lagi. Banyaknya qeja oiii nak kena buat. Settle priority dulu: Family, and then work.
“Back to reality. And yes back to life. Back to traffic jam kat kl ni hahahaha. Dok Kuching best. Takdak traffic jam. Apa yang you all buat dalam traffic jam selalunya?,” tulisnya.
Dalam pada itu, kelihatan ramai yang memuji dua beranak itu yang lebih kelihatan seperti adik beradik berbanding ibu dan anak.
Untuk pengetahuan, Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul bersama komposerm Ajai, satu ketika dahulu. Mereka bercerai pada tahun 2006.
Nourul kemudiannya berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada tahun 2012 yang berasal dari Perancis. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Zachar, 6 tahun dan Raphael, 4 tahun.
Foto/Instagram: Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.