Seorang peminat wanita terpaksa mendapatkan bantuan daripada penyanyi Safura apabila wanita berkenaan rebah, sejurus selesai menyanyi bersama penyanyi kesayanganya itu.
Kejadian berlaku di Kinex Mall, Singapura awal malam tadi.
Sebelum kejadian, wanita tersebut diundang bersama bagi menyampaikan lagu hits Safura, Sedalam Mana Cintamu sebelum terpaksa dipapah selepas jatuh di atas pentas.
Ads
Kejadian tersebut turut berjaya dirakam MH. Safura yang nyata terkejut turut membantu peminatnya itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa ketika wanita terbabit dilihat sudah kembali dan persembahan diteruskan seperti biasa.
Ads
Terdahulu, Safura sebelum itu turut menyampaikan lagu Bukan Lupa Tetapi Tak Ingat.
Safura hadir bersama beberapa barisan peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) iaitu Shafie Rio dan Farawahida.
Turut sama memeriahkan program Gegar Vaganza Live Showcase Singapura dibawakan khas oleh SingTel TV dengan kerjasama Astro itu ialah Sufi Rashid, Haiza, Zarul Umbrella dan Ayai.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, sebut sahaja usahawan kosmetik, antara nama yang meniti dibibir netizen sudah pastinya usahawan popular Datuk Seri Alif Syukri, Datuk Seri Vida serta beberapa nama lain.
Iklan mereka yang lucu dan sensasi serta sering menaja program-program besar menyebabkan ada di antara mereka dikenali sebaris artis popular, hingga ada yang turut terlibat seni.
Tapi tahukah korang, sebelum mereka memonopoli stesen TV tempatan, ada usahawan yang terlebih dahulu popular dek kerana kredibiliti dan pesona mereka.
MH bawakan 5 ushawan kosmetik yang berjaya menempa nama terlebih dahulu. Yang penting, ada yang masih kekal sukses dengan bisnes mereka!
Arwah Datuk Sosila Wati merupakan pengasas bagi produk Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. Datuk Sosila boleh dianggap sebagai pelopor usahawan produk kecantikan apabila memperkenalkan jenamanya itu sekitar tahun 90-an. Bagaimanapun, sebuah tragedi telah menimpa beliau apabila dia dilaporkan telah dibunuh dengan kejam pada 2010. Kes pembunuhan jutawan kosmetik itu antara kes berprofil tinggi yang misteri dan mengambil tempoh panjang untuk diselesaikan. Al fatihah buat Allahyarhamah…
2. Rozita Ibrahim
Umum mengetahui Rozita merupakan pengasas bagi produk popular Sendayu Tinggi Enterprice. Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini mempunyai kisah menariknya yang tersendiri dalam bidang perniagaan. Bermodalkan RM400, beliau memulakan perniagaan dan menghasilkan formulasi herba. Menariknya, beliau telah memutuskan untuk menggemukkan badan dan kemudian menguruskannya semula. Sambutan yang menggalakan mendorong beliau membuka perusahannya sendiri.
3. Zaiton Hassan
Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton merupakan usahawan terkenal menerusi jenama Pravenus Beauty Sdn. Bhd. Zaiton popular dengan tagline ‘Comel Tak Kak Ton?’ menerusi iklan komersilnya di television. Ibu kepada finalis Hero Remaja 2018, Harris Annuar itu juga merupakan antara wanita pertama yang menjejakkan kami di bumi Palestin untuk menyampaikan sumbangan pada tahun 2012.
4. Datin Ira Ghani
Memulakan kerjaya sebagai pembantu pengurusan di sebuah hotel di Pulau Pinang, Datin Ira Ghani kini boleh berbangga denga pencapaiannya sebagai pengarah urusan Positive Image. Syarikat tersebut terkenal dalam bidang kecantikan khususnya di bawah jenama Aura Seri.
5. Halimah Shuib
Halimah Shuib atau lebih mesra dengan panggilan Ibu Halimah merupakan usahawan yang popular menerusi jenama Jamu Mak Dara. Wanita yang menginjak usia 74 tahun ini merupakan satu-satunya wanita tempatan yang cukup berjaya dengan produk jamu herba hasil resipi turun temurun yang diusahakan oleh anak lelakinya sendiri, Syed Gadaffi Syed Muhammad. Jika Indonesia berbangga dengan jenama Nyonya Meneer atau Mustika Ratu, Ibu Halimah membanggakan rakyat Malaysia dengan kejayaan produk-produk jamunya di bawah label Mak Dara.
Foto: Instagram Berkenaan/ carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, itulah pepatah yang sesuai buat anak saudara penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu sentiasa mendapat perhatian netizen apabila dia sering berkongsi video di Instagramnya.
Antara videonya seperti menyanyikan pelbagai genre lagu, fasih membaca ayat suci Al-Quran dan fasih berbahasa Mandarin.
Jadi jom, MH belanja beberapa buah video adik Umairah menunjukkan bakatnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kesyukuran saat dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2018, semalam.
Katanya, kemenangan ini merupakan rezeki filem Dukun yang terperap selama 12 tahun.
“Alhamdulillah, saya bersyukur Dukun diberi peluang untuk bertanding walaupun selepas 12 tahun.
“Tipulah kalau saya tak mahukan kemenangan untuk filem ini sedangkan dah berusaha keras kan?
“Sebenarnya sebelum melakonkan watak Diana Dahlan itu, saya dah tahu ia adalah ‘winning character’, cuma tinggal cara pembawakannya sahaja.
“Alhamdulillah, saya dapat bawakan watak itu dengan sebaik mungkin sampai jilat dinding semua,”katanya kepada MH.
Sementara itu, Umie mengakui bahawa dia memang sangat memilih dalam soal pemilihan watak.
“Saya memilih skrip sebab watak boleh pergi jauh dengan skrip yang bagus, tapi kalau tak bagus. Susah.
“Disebabkan itu, apa-apa sebelum saya bersetuju dengan sesuatu projek, saya akan minta tengok skrip dahulu,” katanya lagi.
Filem Dukun membawa pulang 5 trofi di ASK 2018 menerusi Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Filem Terbaik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.