Pelakon Uqasha Senrose telah pun meraikan hari jadinya yang ke-27 tahun bersama ahli keluarga tersayang.
Mendapat pelbagai ucapan positif dari peminat tersayang, Uqasha turut dan ahli famili lainnya turut berkongsi foto sekitar sambutan.
Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sempat meluahkan rasa syukur dengan nikmat usia diberikan selain mengucapkan berterima kasih buat semua yang mengucapkan dedikasi hari lahir.
“Alhamdulillah I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you so much to everyone who took the time to wish me happy birthday, trust me each of you made my day more special.
“Family friends fans. My life is so blessed with some of the most amazing people. Thank you for being part of my journey,” tulisnya menerusi salah satu postingnya di Instagram
Lalu serentak dengan sambutan berkenaan, ahli keluarga yang turut terdiri daripada selebriti tempatan turut berkongsi foto sekitar dan pada masa sama, ramai yang memuji akan kecantikan ahli keluarga besarnya.
Dalam perkembangan lain, drama terkini lakonannya, Selepas Terlafaznya Akad rancak bersiaran menerusi Astro Ria menerusi slot Mega Drama. Ia merupakan sebuah drama dapatasi Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia.
Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah Kamal Adli, Zeera Azizi, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Foto: Instagram selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas tular pendedahan Naim Daniel mengenai kisah di sebalik lagu Sumpah, desas-desus mengenai gadis misteri dalam lagu tersebut terungkai apabila juara Idola Kecil, Dayana Amerda, membuat pengakuan bahawa gadis yang dimaksudkan itu merupakan dirinya.
Malah, Dayana turut mendakwa lagu Sumpah merupakan hasil ciptaannya bersama Naim yang diterbitkan tanpa kebenaran.
Terbaru, ibunya wanita terbabit, Aida Daud memohon agar isu ini tidak lagi dibicarakan.
“Dayana mengambil keputusan untuk delete post dia tadi, dia dah maafkan apa yang jadi dan tak mahu keadaan lagi keruh.
“Harap media jangan nak viralkan tanpa info yang sahih. Saya rumuskan case closed. Saya mohon maaf dan saya maafkan pada yang berbuat salah pada kami. Semoga jadi teladan buat orang yang melihat.
“Jangan cepat percaya dan tabayyun sebelum jatuh hukum. Kita bukan siapa-siapa better diam. Terima kasih semua.”
Naim juga dikatakan telah menghubungi Aida bagi memohon maaf atas kekalutan yang berlaku.
“Alhamdulillah settled. Thanks Naim Daniel call auntie dan minta maaf atas semua yang berlaku. Semoga Allah merahmati kita semua. Aminn.”
Dia juga meminta agar anaknya bertabah atas dugaan yang melanda.
“Tabahlah sayang @dayanaamerda sesungguhnya ujian bg org2 yg beriman.. Redha dan berlapang dada.. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.. biarlah mama kena kecam.. Biarlah mulut mama mcm puaka, tp mama menegakkan kebenaran.. biarlah satu dunia nk kecoh.. benar ttp benar.. Alhamdulillah atas cacian.. Terima Kasih.”
Terdahulu, pendedahan Naim Daniel mengenai wanita di sebalik lagu Sumpah telah membangkitkan rasa tidak senang Dayana Amerda yang menyifatkan ia penuh dengan penipuan.
Malah juara Idola Kecil ini turut menyatakan perpisahan yang berlaku kerana Naim sudah mempunyai teman wanita lain ketika itu.
Foto : Instagram Aida Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih terkesan dengan misi kemanusiaan yang disertai, Noh Salleh mengakui selama ini erti kesyukuran seringkali disalah erti.
Terlintas dalam fikirannya, apa lagi yang dimahukan dalam kehidupan selepas melihat kesengsaraan kanak-kanak mangsa perang.
Apabila menatap penderitaan mangsa anak kecil putus kaki dan buta akibat serangan sniper di depan mata, Noh kian rasa terkesan.
“Kadang kala saya terfikir, mengapa ada di antara kita di Malaysia yang tidak bersyukur. Saya telah melihat perkara yang paling teruk di depan mata, kanak-kanak berusia lima tahun ditembak di bahagian kaki, dibakar sekeluarga.
“Saya pernah hadapi depresi dan anxiety disorder dua tahun lalu dan baru-baru ini saya mengalami tekanan sama apabila melihat kanak-kanak ini menjalani rawatan psiko-sosial.
“Perang berlangsung lapan tahun, namun kanak-kanak ini baru berusia tujuh tahun. Bayangkan, bila mereka lahir terus dalam situasi perang.
“Kanak-kanak ini bermimpi ngeri setiap hari, rumah terbakar, kaki terputus dan kereta kebal. Dan lebih menyedihkan, mereka tidak dapat membezakan realiti dan mimpi ngeri.
“Mereka tidak layak menjalani kehidupan yang sangat ekstrem dan itu yang menyebabkan saya tertekan.
“Bila di persimpangan depresi, saya mula mempersoal apa tujuan kita hidup. Saya meminta jawapan Nina, dan ia sungguh mudah, untuk menyembah Allah,” katanya.
Pada masa sama, suami kepada Mizz Nina ini turut menambah, kerja amal yang dilakukan bermula dalam keterpaksaan, namun ia memupuk kesedaran dalam diri seiring masa.
Penyanyi dari Sarawak ini juga berkongsi fasal soal pilihan dalam hidup.
“Saya teringat salah seorang sukarelawan memberi pandangan ketika perjumpaan di Lubnan. Jelasnya, ia berkaitan pilihan. Kita di Malaysia ada pilihan untuk melakukan apa sahaja.
“Namun di sini, apa pilihan yang mereka ada. Setiap hari ibu bapa melihat anak-anak mati di depan mata kerana tiada apa boleh dilakukan.
“Mendengar kenyataan beliau, saya terus berjujuran air mata. Bayangkan kami yang belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata pun tidak dapat mengawal kesedihan, inikan mereka yang melaluinya,” katanya kapada MH.
Pernah terlintas untuk meninggalkan dunia hiburan yang disifatkan penuh noda, namun dia harus akur, pengaruh sebagai selebriti penting untuk memberi impak kepada masyarakat.
“Saya banyak kali berada dalam persimpangan lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan mereka. Sama ada mahu melepaskan semua kebendaan dan memberi fokus kepada akhirat.
“Cuma satu yang buat saya terfikir, Allah telah berikan sedikit keistimewaan dan pengaruh sebagai public figure. Jika saya lepaskannya, bagaimana saya mahu terbitkan kesedaran dan mengajak mereka yang lain melakukan kebaikan.
“Industri muzik ini apa sebenarnya? Ia hanya sekadar hiburan, penuh dengan gosip yang membina jambatan menuju ke neraka. Saya tak mahu hidup dalam industri semata-mata untuk terkenal, tidak mahu dipersoalkan kelak di sana,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Noh ditemui media pada majlis Sidang Media Pemacu Api Tour 2019 di Gasket Alley, Damansara.
Pemacu Api Tour merupakan jelajah kumpulan muzik Toko Kilat dengan penampilan istimewa Noh Salleh yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Jelajah ini bermula 17 Ogos sehingga 14 September depan.
MH kini berada di Gasket Alley untuk sidang media Pemacu Api Tour 2019 menampilkan Noh Salleh dan Toko Kilat
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.