Isteri usahawan kosmetik senasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada mendedahkan kisah percintaannya bersama suaminya itu menerusi Instagram, semalam.
Menurut Shahida, hubungan mereka bermula apabila Aliff terlebih dahulu ‘menguratnya’. Namun, ia dinafikan si suami.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut itu terbongkar selepas Shahida terjumpa foto mereka di dalam suami saat mereka sedang berkawan.
“Lelaki ni bila dah kahwin suka x mengaku dia yg suka kat kita..semua nya kita lah yg mengorat dia.
“Ni bukti @aliffsyukriterlajaklaris yg mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dlm bilik dia waktu tu kita orang kawan2 je.
“Dah terbukti siapa yg mengorat siapa!! jgn x mengaku…admire dalam diam nampak,” tulisnya lalu diselangi dengan komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan terhibur.
Lebih menarik, ruangan komen turut terselit reaksi Aliff sendiri.
Terdahulu, pasangan usahawan ini mendirikan rumah tanga pada Ogos 2007. Setakat ini, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.
Aliff dan Shahida yang kini sarat hamil turut menjaga seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Pelakon Sarah Hilderbrand ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram awal malam tadi.
Menerusi posting tersebut, Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand telah berkongsi kisah percintaan dirinya yang sudah berlalu.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu meluahkan pengakuan, menceritakan hal yang didakwa berlaku terhadap hubungan percintaan mereka setelah hampir 5 tahun menjalinkan hubungan cinta.
“Pengakuan: Punca sebenar saya berpisah dengan bekas kekasih.
“Saya banyak bersabar dengan perkara remeh temeh, apabila rakan saya meminta saya untuk tinggalkan, saya terus membuat alasan untuk bekas kekasih saya kerana saya optimis dan memberi harapan dalam perhubungan saya.
“Sepanjang hubungan itu, saya telah dihina, didesak dan dibuli denganya.
“Tiada komunikasi dan sebagainya dan bila bicara soal masa depan perhubungan, tapi dia sering menukar topik itu.
“Sangat penat. Saya dituduh sebagai curang tapi satu hari, Allah itu adil, bekas kekasih mengaku curang dengan perempuan lain.
“Tapi, saya masih berusaha untuk hubungan tersebut.
“Saya sangat bodoh sebab saya ingat saya boleh lupakan perkara itu dan semuanya akan kembali okey, tapi ternyata tidak. Saya tak boleh lupakan perkara tersebut.
“Ia menghantui pemikiran saya. Cuba bayangkan perasan disakiti hampir 5 tahun bersama, dan saya letih dengan hubungan macam ni, dan itu yang terjadi.
“Secara perlahan-lahan saya menghindarkan perkara tersebut. Berhenti untuk hubungan yang tiada hala tuju dan saya mula untuk fokuskan diri dan kerjaya saya.
“Alhamdulillah atas dengan usaha, saya berjaya membina kerjaya saya sebagai seorang pelakon dengan watak Nadine yang saya lakonkan di TV. Selepas itu, saya dituduh mencari populariti dengan cara kotor.
“Maaf, saya tidaklah sekotor itu. Saya akan pastikan duit yang saya dapat adalah rezeki yang halal. Tambahan, saya juga bertanggungjawab untuk menjaga ibu saya yang seorang ibu tunggal. Saya tak akan cari duit dari rezeki yang kotor.
“Saya bagi tahu ini dengan berniat baik berharap mungkin awak boleh belajar daripada kesilapan atau mungkin bila awak dikecewakan, awak akan merasai apa yang yang saya lalui.
“Saya nak awak tahu awak tak sendirian. Jika ada seseorang yang buat awak tak bahagia, tinggalkan.
“Awak perlu sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Semoga Allah mengampunkan dan melindungi kita,” tulisnya.
Lalu, perkongsian pelakon berusia 28 tahun ini mendapat perhatian netizen sekaligus tular di laman media sosial.
Rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka terhadap entri berkenaan.
Setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya dan diharapkan Sarah sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Nadya Syahera atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli mengakui dia dan suami yang juga ahli perniagaan, Fizul Nawi kini dalam proses membaik pulih hubungan.
Malah, pelakon ini juga masih tinggal sebumbung, meski suaminya kerap berada di luar kawasan atas tuntutan kerja seperti yang petik Harian Metro.
“Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.
“Kalau ada salah, saya cuba perbaiki diri. Macam suami pun, dia semakin faham apa yang dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya. Pendek kata, dia tahu kesalahan yang dibuat.
“Disebabkan itu, saya memberinya peluang kedua untuk dia membetulkan keadaan. Harap dia hargai peluang ini. Jika sebaliknya, tak tahu nak cakap apa lagi,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon berusia 26 tahun yang sinonim menerusi watak Bella dalam drama rantaian, Dia Semanis Honey turut menambah, dia seboleh-bolehnya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina kira-kira sejak empat tahun lalu.
“Kalau boleh tidak mahu bercerai. Siapa yang inginkan perceraian. Malah, saya akan cuba sehabis baik untuk pertahankan perkahwinan ini. Namun, jika usaha ini gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian, saya reda.
“Dalam masa sama, kedua belah keluarga sentiasa memberikan nasihat. Mereka mahu kami selesaikan cara baik. Paling penting kata mereka adalah komunikasi,” jelas Nadya jujur.
Bulan lalu, Nadya ada mendedahkan mengenai kes suaminya yang didakwa berlaku curang dengan seorang wanita yang juga anak kepada pengasas produk di Kelantan selepas mendapat bukti bergambar.
Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.