Penyanyi, Nora Ariffin telah berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis menyambut menantunya, baru-baru ini.
Majlis yang dilangsungkan dengan meriah di Bangi, Selangor itu turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tampak anggun mengenakan persalinan kontemporari ilham Azura Couture, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjayakan majlis sambut menantu.
Malah katanya lagi, tiada apa yang lebih menggembirakan individu bergelar ibu selain melihat anak-anak bahagia.
“Tiada apa yg lebih menggembirakan seorang ibu selain dari melihat anak2 bahagia & selesai tanggungjawap besar.
Syukur….Lega…seronok…sayu…
Perasaan bercampur baur bila menguruskan urusan perkahwinan anak tanpa suami.
“Namun…Allah hantar insan2 tertentu, anak2 yg sangat memahami, sahabat2 yg ikhlas membantu mempermudahkan segala urusan.
Ads
“Terima kasih to my backbones.
Now….I need time for myself.
Back to work.Back to business.
Back to mencari rezeki.
Terima kasih buat yg telah sudi hadir.
Kepada yg tidak dpt bersama, jutaan maaf dari saya.
Terdahulu, anak lelaki pertamanya, Mohd Syakir Iman Johan telah pun berkahwin dengan wanita pilihannya, Putri Eliya Sofea Azman, 22, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Putra pada 19 Januari lalu.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengharapkan agar hubungan yang dibina bersama insan istimewa dicurahi dengan kebahagiaan sehingga ke jenjang pelaminan, Elly Mazlein yang diberi keistimewaan dari team digitorial MH sebagai wajah pengenalan penghias muka hadapan versi digital tidak mahu lagi sembunyi…
Sebaliknya, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini sudah terbuka dalam berkongsi mengenai soal hati, apatah lagi mengakui dia kini sudah pun bersedia untuk kembali bergelar isteri, selepas menempuh satu fasa yang penuh onak dan duri.
Katanya, ‘bara yang tersimpan’ sebolehnya mahu dipadam, ditinggalkan jauh-jauh demi mencari sinar kebahagiaan baru.
“Sejujurnya sejak awal, saya memang tidak berapa gemar untuk sembunyikan soal cinta buat peminat. Bimbang andai apa yang diperkatakan disalah erti, meski saya agak sensitif bila bicara soal jodoh. Jadi ada baiknya juga saya mengakui sedang mengenali secara rapat bersama seorang lelaki.
“Cuma belum bersedia untuk saya dedahkan wajahnya pada umum. Kalau boleh, biarlah ia jadi suatu elemen ‘surprise’. InsyaAllah bila tiba harinya nanti, saya akan perkenalkan si dia pada peminat.
“Ya, dia lebih mudah daripada saya, tetapi kami tiada masalah untuk meneruskan hubungan sementelah dia sendiri seorang yang matang dan kami saling cuba memahami sisi hidup masing-masing memandangkan lapangan kerja kami juga jauh bezanya. Dia cikgu, saya pula selebriti,” kata Elly yang mesra disapa Kak Lina ini.
Diajukan persoalan mengenai sejauh mana skala hubungan serius hos program Bintang Mencari Bintang ini bersama jejaka asal Kelantan itu, Elly memaklum di sendiri sudah pun merancang untuk bertemu dengan keluarga pihak sebelah sana.
“Memang saya sudah betul bersedia bergelar isteri. Kami kini sedang melalui suatu fasa hubungan yang serius. Dah mula rancang bulan ini untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya. Ada juga ahli keluarganya yang sudah saya bertemu. Cuma ibu bapanya di Kelantan jadi saya perlu ambil masa agak panjang ke sana, sambil bercuti, insyaAllah.
“Apa pun, saya mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku. Mahu juga peroleh kebahagiaan macam orang lain.
“Tidak sabar rasanya untuk tempuh alam rumah tangga. Malah, saya juga mahu kongsi kebahagiaan dengan anak, Putri Sara Sephia Hanafi. Saya mahu pastikan kali ini dia ada insan bergelar Papa di sisinya, siang dan malam,” ujarnya lagi.
Perjelas Isu Mahu Solat Berjemaah Dengan Suami
Pada masa sama, perkongsian soal bunga cintanya juga turut ‘dikuis’ dengan elemen senasi apabila bintang asal Perak ini turut mengakui tidak sabar untuk solat secara berjemaah dengan suami, bila bergelar isteri buat kali kedua nanti.
Malah, berita itu turut dikongsikan menerusi media sosial.
“Ya…sebab saya daripada dulu bukan seorang yang jenis bukan nak rahsia-rahsia. Kali ini pun sama, rasa lebih terbuka kerana saya pun ingin merasa apa yang saya tak pernah rasa. Memanglah pada saat ini saya bersolat secara sendirian, maksud saya kalau sudah berkahwin nanti, saya impi untuk solat berjemaah dengan suami.
“Tak pernah merasa momen itu, jadi saya ingin merasalah kalau diizinkanNya,” terang Elly jujur.
Malah, Elly juga memaklumkan sebagai manusia yang tidak sempurna, dia juga berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.
“Saya ingin punyai keluarga baru sendiri, jadi ibu dan isteri yang baik. Jadi anak yang baik dan pastinya, insan lain juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik ke arah kebaikan. Jadi sudah tentulah saya mengharapkan sinar baru dengan hubungan yang baru ini, insyaAllah…,” kongsinya.
Mahu Kekal Sihat Demi BBB, Tiada Guna Wajah Cantik Tapi…
Memulakan aktiviti seni terkininya sebagai hos untuk program Bintang Bersama Bintang (BBB) musim terbaru di TV3, Elly berazam mahu menggalas amanah produksi rancangan realiti itu dengan baik.
Lebih-lebih lagi apabila dia diberi peluang mengenalikan program tersebut secara solo. Pastinya ia memerlukan lebih stamina dan fokus yang bukan sembarang.
“Ahad lalu bermulalah perjalanan saya dalam program BBB. Syukur kepadaNya kerana diberi kepercayaan sebagai hos dan suatu cabaran baru juga kerana inilah kali pertama saya menjadi pengacara sendirian. Sebelum ini dibantu rakan pengacara lainnya.
“Saya sendiri tidak pasti apa sebab utama mereka memanggil saya untuk menerajui racangan tersebut. Cuma apabila diberi peluang, saya cuba berani dan yakinkan diri kerana setidaknya, apa yang nampak potensi dan tentu saya cuba berikan yang terbaik.
“Mungkin juga kerana personaliti saya yang bersahaja ketika menjadi pengacara sebelum ini mendapat maklum balas yang baik meski terdahulu ada juga yang pesimis. Apapun, saya hanya jadi diri sendiri dan akhirnya ada yang tidak berapa suka itu sudah boleh menerima saya seadanya.
“Jadi mungkin atas faktor itulah, mereka sudi memilih saya dan kepercayaan ini merupakan satu bentuk penghargaan yang besar buat saya,” kongsinya yang turut memberitahu, dia sentiasa mengamalkan pemakanan sihat demi kelangsungan kerjaya.
“Kalau nak bercerita mengenai petua cantik orang lama yang saya amalkan, rasanya tidaklah terlalu kerap. Yang pasti saya akan melakukan senaman selain mengambil menu sihat sehari-hari.
“Kurangkan makanan berminyak, ambil banyak air putih dan elak dari makanan yang terlalu manis. Itu sahajalah yang saya amalkan kerana bagi saya wajah yang cantik pun tiada guna jika kesihatan dalam tidak dititik beratkan. Kesihatan adalah segalanya bagi semua orang.
“Kalau kita sihat, hasil kerja pun akan jadi baik juga kerana saling berkait. Jadi saya lebih suka untuk titik beratkan soal kesihatan berbanding kecantikan. Sebab kalau tiada aktiviti seni atau penggambaran, saya lebih suka tidak kenakan sebarang solekan pada wajah.
“Biarkan kulit bernafas,” akhiri Elly yang bakal terlibat di dalam projek showcase amal Raikan Wanita yang akan berlangsung pada 30 Mac depan di Sime Darby Convention Centre.
Berita dukacita telah disampaikan rakan pelawak tanah air apabila bekas peserta Raja Lawak musim kedua yang turut bergelar pelakon, Pak Tam dilapor telah meninggal dunia pagi tadi.
Difahamkan, berita mengenai permergiaan pelawak berkenaan telah dikongsi menerusi group WhatsApps rakan pelakon berkenaan.
Amir Raja Lawak misalnya antara bintang yang turut memberi dedikasi terhadap pemergiaan Pak Tam.
Innalillahiwainnailaihirojiun..Dapat perkhabaran sedih sekejap tadi dari grup wasap,pak tam raja lawak meninggal dunia…
“Innalillahiwainnailaihirojiun..
Dapat perkhabaran sedih sekejap tadi dari grup wasap,pak tam raja lawak meninggal dunia pagi ini..
Semoga roh pak tam ditempatkan bersama org beriman,beramal soleh dan ahli syurga,in shaa Allah..
“Salam takziah buat keluarga arwah pak tam..
Arwah menghidap kencing manis dan darah tinggi,” tulisnya menerusi Facebook.
Sementara itu, rakan pelawak lain turut mengucapkan takziah dan al-Fatihah buat Allahyarham.
Berjaya melepasi tahap enam bulan penyusuan secara eksklusif, pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita, Syakirin Husnal rela melakukan apa sahaja untuk anaknya, Vea Khadija, 7 bulan.
“Saya nak beri susu badan sepenuhnya tapi saya tak pernah judge ibu yang beri anak susu formula sebab anda juga ibu yang hebat untuk anak-anak,” ulasnya.
Nekad menyusukan anak sehingga dua tahun, ulasnya sukar membahagikan masa antara kerjaya dan anak kecilnya.
Kehidupan baharu sebagai ibu membuatkannya bergelut dengan masa apatah lagi terikat dengan rutin menyusu badan.
“Masa yang jadi masalah sebab kena susukan anak. Selalu bila bekerja, kita kena pam susu setiap tiga atau empat jam, kalau tidak, memang sakit.
“Macam sewaktu tugasan Orang Asli, saya bawa pam dan jadi masalah sebab macam mana nak bawa balik susu, tapi kita kena pandai fikir sebab kita nak kena susukan anak sampai dua tahun.
“Orang selalu kata, perempuan kena pilih satu sahaja. Keluarga atau kerjaya. Saya nak jadi wanita yang bekerjaya dan ibu yang hebat.”
Walaupun kesibukan kerja membuatkannya terpaksa pulang ke rumah hingga ke pagi, namun ulasnya, belum pernah sekalipun dia mengheret anak ke lokasi penggambaran.
“Syakirin belum pernah lagi bawa Vea ke mana-mana sebab tak mahu dia tak selesa.
“Sebab tu sentiasa ada dua beg dalam tangan, selepas habis kerja saya akan terus pam susu,” katanya kepada MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!