Baru-baru ini, pengarah muzik, Datuk Ramli MS ada memuat naik sepotong video lucu yang memaparkan telatah hos, Nabil Ahmad dan Jihan Musa mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Video lucu tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah isterinya sendiri, Datin Alyah.
Bagaimanapun, di ruangan komen, Alyah dilihat seakan-akan meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu gara-gara keengganannya menyambut majlis hari lahir bersama di rumah.
“Macam ni lah yang dia suka. Sambutan birthday macam ni lah yang dia nak. Kalau kita buat bacakan Quran dekat rumah dia panas duduk sekejap dah keluar main snooker,” tulisnya.
Jika diambil menerusi apa yang ditulis penyanyi itu, dia seakan-akan kecewa kerana sambutan hari lahir sebegitu yang suaminya mahukan.
Malah, Tok Ram didakwa lebih gemar keluar rumah dan seterusnya pergi bermain snooker.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan Alyah itu.
Ada yang bersimpati dan ada juga yang tidak bersetuju kerana menyifatkan penyanyi tersebut seperti membuka aib suaminya.
Bagi MH, mungkin ada berlaku salah faham diantara pasangan ini. Apa-apa pun, MH doakan semoga perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Foto: Instagram Datuk Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mya Ruslee mengakui tidak akan menyembunyikan status andai dia sudah pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati, yang sudah dikenalinya lebih dua tahun lalu.
Tidak menafikan bahawa hubungan di antara mereka masih terlalu awal untuk merencanakan ke suatu fasa yang lebih serius, Mya bagaimanapun lebih selesa untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dulu.
“Kalau ada (fasa seterusnya) kita akan kongsi. Benda baik buat apa nak sembunyikan. Cuma kalau ditanya nak bertunang atau terus kahwin tu, saya tiada jawapan lagi. Sebab semuanya masih lagi di peringkat awal.
“Benda macam ni kena bawa bincang sesama kedua-dua belah pihak. Jadi setakat ini belum pun ada terfikir ke arah itu. Saya pun baru sahaja selesai dengan program Gegar Vaganza. Jadi lebih baik untuk fokus dalam kerjaya terlebih dulu.
“Saya akan kembali promosikan single terdahulu berjudul Perlu Ada Setia. Ada juga rancang untuk shooting muzik videonya,” katanya kepada MH.
Menjawab ‘usikan’ nakal sesetengah orang yang mengatakan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari ini sering tayang kekasih yang lebih muda darinya, Mya mempunyai pendiriannya sendiri.
Tegasnya, ia terpulang kepada persepsi orang sekeliling, cuma apabila ada seorang lelaki di sisi, dia rasa lebih selamat dan terjaga.
“Kalau nak diikutkan saya dah lalui macam-macam benda. Malah, peminat sekarang lebih terbuka dan bijak menilai. Bukan nak bawa dia sesuka hati. Dia pun ada bantu saya itu dan ini.
“Lagi pula, senang cerita macam saya ni pernah berkahwin dan bercerai. Jadi ada sesetengah mentaliti orang tu kalau sebut saja fasal wanita status janda mesti akan cakap mulalah nak cari hak orang.
“Lalu, ada baiknya kalau saya bawa dia. Jadi orang yang pandangan sedemikian akan senyap. Tapi apapun, ia terpulang pada penerimaan masing-masing. Saya sendiri tiada masalah kalau ada yang anggap yang bukan-bukan,” terangnya lagi.
Terdahulu, Mya ditemui sejurus pelancaran produk Al-Fateh Junior di Hotel Royal Chulan Te Curve, Damansara pada Sabtu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Nora Ariffin, Ezlynn, Lisdawati bersama suami, Yassin Sulaiman, Riz Amin dan ramai lagi.
Pertama kali dianjurkan, program adalah bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran rangkaian Al-Fateh di pasaran.
“Produk Al-Fateh Junior merupakan pemakanan tambahan madu dan buah-buahan seperti delima dan anggur yang dihasilkan khusus buat kanak-kanak seawal 6 tahun hingga 25 tahun.
“Pada masa sama, pada majlis ini turut diadakan kempen beli dan menang dengan hadiah bernilai lebih RM400,00,” kata pengarah urusan Al-Fateh Alami Sdn. Bhd, Tuan Ariff Subri bersama isteri dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan.
#MHlive wow rindu nak dengar Nora nyanyi. Mantop lagi suara doa weh! Yang penting Ezlynn, Mya Ruslee, Sasha Saidin dan Yassij Sulaiman pun pakat nyanyi. Best!
Semalam, negara digemparkan dengan insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Insiden hitam itu telah menyebabkan ada harta rosak, termasuk kecederaan seorang anggota bomba, Mohammad Adib Kasim yang dilaporkan patah tulang rusuk ketika kejadian berlaku.
Sejurus insiden tersebut, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Subang Jaya Medical Centre dan kini difahamkan telah ditempatkan di unit rawatan rapi.
Perkhabaran tersebut telah mengundang rasa sayu di hati tunangnya, Nurul Najihah yang dikatakan sudah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.
“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” tulisnya.
Pada masa sama, Najihah memohon kepada orang ramai supaya mendoakan tunangnya itu segera sedar dan pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, dia turut meminta supaya netizen berhenti daripada membuat spekulasi yang boleh memburukkan keadaan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan insiden tersebut selain turut menitipkan doa buat tunang Najihah itu.
MH doakan semoga Adib segera sedarkan diri dan sembuh seperti sedia kala.
Foto: Facebook Nurul Najihah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bayaran balik dilakukan dalam bentuk tiket wayang membabitkan jenama Nunha.
PU Riz...