Sebelum ini, memang agak jarang aktor versatil, Azhar Sulaiman nak tayang wajah anak-anaknya kan? Bagaimanapun secara eksklusif, pelakon filem Trauma itu muncul bersama anak lelakinya, yang dikenali sebagai Andika Rees bergandingan sebagai hos menerusi sebuah program travelog berjudul Bye-Bye Mama.

Program 13 episod arahan Yusmal Ghazali itu bakal memaparkan dua beranak ini berkunjung ke beberapa buah lokasi eko dan agro pelancongan seluruh Malaysia bagi menikmati keindahan alam selain mengikuti beberapa siri cabaran ekstrem yang disediakan pihak produksi!

Lebih menarik, sesi temu bual yang dilakukan secara realiti juga khabarnya akan turut dimuatkan sebagai pelengkap setiap episod.

MH difahamkan, rancangan Bye-Bye Mama terbitan produksi Open Echo Communications itu akan disiarkan pada petengahan tahun ini di RTM. Tak sabarnya nak tonton apakah gelagat spontan mereka berdua nanti.

IKLAN

Jom usha beberapa gambar sekitar penggambaran Bye-Bye Mama ni. Hmm… nampak macam best kan? Untunglah!!!

[Gambar] Eksklusif, Inilah Anak Jantan Azhar Sulaiman, Andika Rees!

IKLAN

 

[Gambar] Eksklusif, Inilah Anak Jantan Azhar Sulaiman, Andika Rees!

IKLAN

 

[Gambar] Eksklusif, Inilah Anak Jantan Azhar Sulaiman, Andika Rees!

Foto: Open Echo Communications

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI