Sama cantik sama padan. Itulah yang digambarkan buat pelakon Elfira Loy yang telah pun memuat naik fotonya bersama tunang tersayang, Muhammad Faris Khairol Anuar.
Pelakon berkenaan memuat naik foto bersama itu menerusi Instagram beberapa jam lalu.
Difahamkan, susana nan indah yang melatari foto tersebut telah diambil sewaktu keduanya menghadiri majlis perkahwinan aktor Indonesia, Baim Wong di Jakarta, Indonesia.
Tampil anggun, Elfira mengenakan gaun merah jambu terang sementara pasangannya segak menerusi padanan sut.
Sehingga kini, posting tersebut juga sudah pun menerima lebih 125,000 tanda suka. dan kebanyakannya pasangan yang dikatakan secocok.
Ads
Ads
Terdahulu, Elfira atau lebih mesra disapa El di kalangan teman rapat telah mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu di dalam sebuah majlis itu dilangsungkan secara tertutup.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Finalis Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan pernah digelar dengan pelbagai nama buruk kerana perbezaan warna kulitnya.
Katanya, ada sebahagian tohmahan dan cacian itu terlalu berat untuk diterima gadis berusia 18 tahun itu.
“Saya pernah dipanggil ‘negro’, ‘keling’, arang, muka ahli neraka, muka macam b**i, malah pernah diugut pukul kalau ada yang jumpa saya depan-depan,” katanya kepada MH.
Hanee ditemui ketika Sidang Media Pengumuman Top 12 Finalis Dewi Remaja 2018/2019 bertempat di Hard Rock Cafe, pada Rabu.
Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur terpilih menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja kerana dapat membuktikan kepada para haters bahawa dia mampu lakukannya walaupun terdapat kekurangan diri.
“Pada saya, dapat masuk ‘top 12’ ni pun dan bersyukur sangat kerana dapat buktikan pada semua orang bahawa tak kisahlah sama ada kau tak cukup tinggi ke, gemuk ke, kurus ke, kalau you berjaya apa yang you mampu buat dan kalau you ada cita-cita jadi ‘just go for it.
“Tiada apa yang boleh hentikan kalau you ada semangat untuk berjaya. Selain itu, Hanee juga nak buka mata remaja-remaja di luar sana bahawa ia tidak terlalu lewat untuk berubah, ‘just be yourself’,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hanee juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan juga kepada mereka yang sering menkritik dirinya selama ini.
“Keluarga saya sangat menyokong terutamanya mak saya. Tanpa dia, memang susah lah dan kepada ‘haters’, terima kasih atas semua cacian dan makian anda, saya berada di sini sekarang kerana anda semua juga,” katanya lagi.
Program tersebut akan menemui penonton pada hari Ahad jam 10.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 25 November
Foto/Instagram:Haneesya Hanee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Tomok berkongsi foto di laman Instagramnya, hari ini mengenai rekod anak sulungnya, Arrianshah Akid, 6 tahun di sekolah untuk tahun 2018 ini.
Apa yang membanggakan apabila Arrian memperolah semua A dalam semua matapelajaran yang diambilnya termasuklah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin.
Susulan itu, kelihatan ramai yang turut sama tumpang gembira dengan kejayaan Arrian itu.
Sebagai seorang bapa tentunya dia berasa sangat bangga dengan kejayaan anaknya kan? Moga-moga Arrian akan terus kekal sukses.
Sebelum ini, Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian dan Andrashah Iman, 3 tahun.
Berbeza dengan anak-anak artis lain, Arrian dan Andra tidak mempunyai akaun Instagram mereka sendiri. Kebanyakkan foto perkembangan mereka banyak dimuat naik di laman IG Tomok sahaja.
Foto/Instagram: Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.