Elly Mazlein mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman janda dengan jejaka berusia lewat 20-an, tahun depan.
Malah katanya lagi, dia tidak sabar untuk kembali bergelar isteri dan ketika ini, dia merupakan insan yang sedang diulit bahagia.
“Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan istimewa yang sayang kita, faham kita.
“Cuma kalau boleh, saya tidak mahu war-war kan majlis nikah secara terperinci lagi. Apa yang boleh saya katakan, insyaAllah kami akan bernikah pada tahun 2020.
“Yang pasti, saya akan kongsi dengan rakan media pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Tak kan buat sorok-sorok. Sudah tentu saya rancang untuk langsungkan majlis dengan lebih meriah,” selorohnya.
Terdahulu, penyanyi Bakawali ini media pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini lebih seronok untuk menganggap perkahwinannya tidak lama lagi itu ibarat yang ‘pertama kali’ buat dirinya.
“Ketika perkahwinan terdahulu ada banyak perkara yang tidak dapat saya realisasikan kerana arwah ibu baru sahaja meninggal ketika itu.
“Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti.
“Tambahan pula, ini merupakan perkahwinan pertama si dia. Jadi biarlah si dia pun merasa aura dan kegembiraan itu” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Elly diijakabulkan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2. Namun tanggal 15 Oktober 2015, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai.
Adik kepada pelakon dan hos, Afdlin Shauki, iaitu Jefri Adzman Aksan meninggal dunia sebentar tadi kira-kira jam 5.14 petang tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita sedih berkenaan disampaikan Afdlin sendiri menerusi Instagram miliknya, sejam lalu.
Sambil meminta agar salah dan silap Allahyarham dimaafkan, bintang itu turut berdoa agar Allah SWT menjaga dan menjauhkan siksa kubur adik serta ibunya yang turut sama meninggal dunia Oktober tahun lalu.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.
“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.
“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.
“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki,” tulisnya.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Beberapa jam sebelum itu, bintang senior berkenaan turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui kejadian kemalangan secara terperinci agar menghubunginya bagi membantu siasatan.
Primadona Alaf Baru, Erra Fazira menyatakan dia tidak berhasrat untuk memanjangkan isu hangat yang melibatkan dirinya bersama rakan baik sebelum ini.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan, memilih untuk berdiam diri, memandangkan itu yang terbaik.
“Saya tidak berhasrat menjawab dah bicara tentang isu yang sedang diperkatakan masa kini.
“Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri.
“Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ni sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.
“Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah.
“Saya hanya mahu teruskan hidup denga. Yang lebih baik, produktif tenang dan damai. Saya harap sangat pihak media beri kerjasama, kita tutup buku dan mula yang baru.
“Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya. Hal peribadi dan saya ada tempat untuk mengadu. Alhamdulillah,” katanya sejurus ditemui di sidang media program Mingguan Wanita musim terbaru di Kuala Lumpur.
Pada masa pelakon Hingga Hujung Nyawa itu turut mengakui apa yang berlaku adalah pengajaran paling baik dalam hidup.
“Belajar tu memang banyak belajar. Pengajaran yang best dalam hidup. Apa yang berlaku langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ia bukan pelajaran yang tak bagus.
“Semua bagus untuk saya. Saya lebih gemar pandang ke depan dengan preseptif dan pandangan yang lebih positif. Harapnya begitu,” kongsi Erra.
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.