Pelakon dan usahawan Linda Rafar, berasa kesal terhadap segelintir individu yang mengunakan akaun palsu di media sosial semata-mata untuk menjatuhkan maruah orang lain.
Tegurannya itu secara langsung kepada individu yang menggunakan akaun palsu bagi menempelak apa yang dikongsikannya di laman sosial.
“Assalamualaikum…. To fake acc stop sending me message .. meroyan sana sini… Tak puashati sgt xyah guna fake acc meh la jumpa..
“bukannya xleh check sape belakang fake acc ni.. Tak puashati sangat sampai apa yg linda review semua dia kutuk..
Ads
“plss la kita kena hormat la apa je brg n makanan yg kita review and tlg la respect kesian peniaga2 yg nk cari rezeki..
“sanggup guna fake acc kutuk semua pakaian,makanan n product yg linda review
“Wait! Allah tak tido jika betul jujur jom jumpa xyah guna fake acc cuz i know who u are #allahuakbar #allahmahabesar #allah #duniasementaraakhiratselamanya”tulisnya panjang lebar.
Siapa sahaja yang tidak mengenali primadona Erra Fazira yang sering menjadi perhatian peminat.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya sempena raya.
“Selamat Hari Raya dari keluarga kecil kami.. mohon ampun maaf atas segala salah silap saya dan keluarga.
“Yeayyyy bukan senang dapat bergambar dengan mak saya.. dia pemalu sikit utk bergambar.. tapi sbb anak cucu paksa.. akhirnya dia akur.
“Mak, mak lawa laaaa .. awet mudo tauuu.. jgn la malu bergambar.. LOVE YOU MAK!! Yang lelaki tu.. adik saya yang punnnnnn pemalu gak orgnya.. belum tawen lagi, tapi rasanya mcm dah ada awek dah.. dok melekattt dgn hp.. ada la tewww!! LOVE YOU ABANG!
“My Aleesya n my Muti.. .
“hehee.. perlu kenalkan lagi ke? siapa yg selalu follow saya, mesti tahu kann.
“Si tecik tu.. my one and only daughter.. penyeri hidupku.. amanah dan anugerah terhebatku.. Love you to the moon and back shayang mom!,” tulisnya memperkenalkan famili.
Di samping itu, pelakon berusia 45 tahun itu turut meluahkan rasa penghargaan kepada pembantunya yang bernama Muti kerana telah banyak berjasa kepada keluarganya.
“Muti pulak.. haaaa ni org paling kuat .. kdg2 macam mak tiri pun yer jugak..Banyak jasa Muti kepada saya ~ dari Aleesya belum lahir sampai la sekarang.
“Terima kasih Muti kerana menjadi sebahagian dalam keluarga kami.. sayang muti ku seorang ini,” kongsi Erra lagi.
Keliru dengan penampilan ‘Wany Hasrita’ sewaktu menjadi penyampai berita bagi segmen Komuniti Awani, netizen ada yang‘menyindir’ imej terkini penyanyi tersebut.
Semuanya gara-gara ada sedikit kekeliruan pada nama penyampai berita yang tertera nama ‘Wany Hasrita’.
Sedangkan, selebriti yang menjadi penyampai ialah pelakon, Sharifah Sakinah.
Malah, Sharifah Sakinah turut memberikan reaksi gurauan, menyatakan agar penyanyi lagu Terlalu Memuja itu agar tidak membuka tudung.
Sementara itu, Wany juga dilihat meminta maaf kepada Sakinah atas kesilapan nama penyampai yang tertera.
Pelakon, Adam Corrie ada berkongsi caranya dalam memperingati orang yang tersayang.
Kongsinya menerusi Instagram, sebagai ‘orang lama’, dia meletakkan foto insan terpilih ke dalam dompet.
“Ini gambar saya di atas pangku riba Mendiang Ayah saya iaitu Sarjan Lee. Yang manis anggun tu Bidadari saya. Gambar-gambar yang ada dlm wallet saya.
“Saya orang lama, suka letak gambar2 org tersyg dlm wallet. Gambar fateh je abah tak letak dlm wallet lagi. Abah edit tampal je la ye,” tulisnya sambil mendapat reaksi pelbagai netizen.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).