Penyanyi Fyna Jebat memaklumkan dia kini mahu memberikan fokus terhadap kerjaya nyanyian selepas berpisah dengan bekas suami, Datuk Zainal Abidin Hassan, 62.

Tenang menjalani kehidupan seperti biasa, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Shafynaz Jebat, 30, bersyukur  kerana mempunyai keluarga serta rakan terdekat memberikan sokongan ketika menghadapi fasa sukae sebelum ini.

Malah, Fyna turut terbuka sekiranya mempunyai peluang dalam dunia lakonan selepas ini.

“Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Tak ada apa yang saya nak kongsikan lanjut sebab saya mahu memberikan fokus kepada karier nyanyian.

“Kembali solo… ya lebih senang untuk saya bergerak (bekerja). Keluarga dan kawan-kawan juga memberikan sokongan. Dorongan sebegitu memang penting untuk saya kembali membina kerjaya.

IKLAN

“Tak kisah juga jika selepas ini ada yang mahu memberikan saya tawaran berlakon, boleh juga saya cuba” katanya kepada MH.

Fyna ditemui media sejurus konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Dalam pada itu, Fyna bagaimanapun mengakui masih bersahabat dengan bekas suami namun tidak mahu  mengenang cerita lalu.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, saya pun tak mahu besar-besarkan lagi.

IKLAN

“Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia,” katanya lagi yang turut tampil dengan imej berambut pendek.

“Sebenarnya, rambut pendek sejak dulu lagi. Malah ketika awal pembabitan saya menerusi Akademi Fantasia 9 dulu, memang saya sudah tampil dengan penampilan begini,” katanya.

Imbas kembali, Fyna yang juga adik kepada Ayda Jebat pernah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun telah pun berpisah sekitar Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI