Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh, Fila Amir atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi, dan suami tercinta, Adama Mohamed Camara, yang selamat menimang cahaya mata perempuan awal pagi semalam.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Fila menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“We are finally papa and mama,” tulis Fila ringkas menerusi ruang kapsyen.

Memuat naik beberapa foto bersama bayi perempuan mereka yang baru lahir, hantaran tersebut pantas menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pengikut termasuk rakan artis.

Ads

Fila Amir Selamat Bersalin, Timang Bayi Perempuan

Siti Nurhaliza Tumpang Syukur

Menariknya, berita kelahiran itu turut mendapat perhatian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ads

“Subhanallah.. Alhamdulillah,” reaksi Siti.

Selain penyanyi Anta Permana itu, rakan selebriti lain yang turut meninggalkan komen termasuk Catriona Ross dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima hampir 120,000 tanda suka.

Ads

Kisah Cinta Rentas Benua Jadi Inspirasi

Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika Barat, mendirikan rumah tangga pada 26 April 2019.

Sejak itu, pasangan ini aktif berkongsi perjalanan hidup mereka di media sosial, termasuk momen-momen istimewa ketika berada di benua Afrika.

Keunikan kisah cinta mereka yang merentas budaya dan benua sering menarik perhatian warganet dan menjadi inspirasi kepada ramai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI