Juri tetap Big Stage 2022, Ajai menyifatkan persembahan penyanyi tular, Sofiaa Marieylla menerusi lagu Ku Mahu dalam saingan konsert minggu kelima semalam sebagai kurang penghayatan.

Malah komposer itu turut menyentuh mengenai pendengaran (hearing) penyanyi berkenaan.

“Pencapaian untuk hari ini (minggu kelima) boleh nampak. Walau ada ‘flat’ sikit dan ada beberapa yang tidak sampai, tapi saya rasa kerana kekurangan ‘feel’ itu. Kali ini ‘feel’ itu tak sama macam awak nyanyi lagu dangdut awak yang lain.

“Mungkin sebab lagu ini asalnya bukan dangdut, tapi kita mahukan pembaharuan. Ini sudah minggu kelima, kena pergi kepada hala tuju individu yang bagus. Inilah konsep kamu yang kita boleh nampak,” komen Ajai sejurus Sofiaa selesai membuat persembahan.

Sofiaa Marieylla yang turut sinonim disapa ‘Mummy Jerung’ itu menjadi bintang keempat yang tersingkir dengan markah sebanyak 58.6 peratus sekaligus gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

“Cuma selepas ini, kuatkan lagi bahagian ‘hearing’. Ia penting di mana kena pada nota yang perlu tepat. Bila ‘flat’ maknanya kamu tak sampai pada nota itu. Bila ‘sharp’, ia terlebih. Tapi kamu ni tak ada yang ‘sharp’, itu okay.

IKLAN

“Kalau kamu nak betul-betul jadi penyanyi sebagai kerjaya bukan sekadar menyanyi, kamu kena belajar mengenai soal ‘hearing’. Kenal nota itu bagaimana dan sebagainya. InsyaAllah kamu boleh nampak prestasi daripada soal itu,” komen Ajai lagi.

“‘Feel’ Itu Tak Sama Macam Awak Nyanyi Lagu Dangdut Yang Lain,” – Belajar Soal ‘Hearing’, Ajai Ulas Nyanyian ‘Mummy Jerung’ “‘Feel’ Itu Tak Sama Macam Awak Nyanyi Lagu Dangdut Yang Lain,” – Belajar Soal ‘Hearing’, Ajai Ulas Nyanyian ‘Mummy Jerung’“‘Feel’ Itu Tak Sama Macam Awak Nyanyi Lagu Dangdut Yang Lain,” – Belajar Soal ‘Hearing’, Ajai Ulas Nyanyian ‘Mummy Jerung’

Sementara itu, Elica menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kelima dengan markah sebanyak 92.2 peratus.

IKLAN

Aisha Retno pula memenangi Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up kategori Kreativiti Paling Ohsem, melayakkannya menerima hob induksi hybrid Cuckoo Inductrio bernilai RM3,880.

Semalam, konsert yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu mengambil tema ‘This Is Siti Nurhaliza’ yang mana kesemua yang bertanding menyampaikan seleksi lagu hits dari penyanyi terkenal itu.

Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal menjurikan Big Stage 2022 di samping Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.

IKLAN

Manakala kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen pula diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida sementara Sherry Alhadad dan Elly Mazlein mengemudikan program minggu ini.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI