Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu yang kononnya, dia didakwa kembali menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Fatin bagaimanapun menambah, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang yang secara terusan memburukkan dirinya.
“Saya tak boleh menutup mulut orang ramai untuk bercakap buruk pasal saya.
“Jika ada yang rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana dakwaan tersebut, dia memilih untuk berdiam diri selama ini kerana tidak berminat untuk melayan perkara yang akan menyakitkan hatinya.
Ads
“Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.
“Bagi saya apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati.
“Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya,” jelasnya lagi.
Ads
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berharap dia diberi ruang kerana enggan memanjangkan isu terbabit.
Malah, dia juga bimbang kenyataannya disalah tafsir.
“Kalau saya ulas, bimbang orang akan tetap salahkan saya seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
“Saya mohon hormati privasi dan jangan bimbang saya baik-baik saja,” pinta Fatin ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulungnya, Satu Jam Saja di Subang.
Ads
Terdahulu seorang wanita dikenali sebagai Mag mendedahkan perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter, Ogos lalu.
Wanita terbabit mendakwa Fatin masih menganggu suaminya meskipun sudah membuat permohonan maaf.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.
Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.
“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.
“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.
“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.
“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang bakal promosikan filem pertamanya, Pusaka.
Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja.
“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.
“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” kata Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.
Diusik sama ada hubungan yang terjalin mungkin akan ke fasa seterusnya, ini jawab Mimi;
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik,” akhiri bekas peserta Pencarian Dewi Remaja ini.
Kumpulan nasyid, UNICkini dilihat sedang aktif mengadakan pertandingan online PUBG bersama masyarakat khususnya remaja.
Bagaimanapun, ada individu yang kurang bersetuju dengan tindakan anggota kumpulan nasyid berkenaan yang seolah-olah mencemarkan imej Islam.
“Saya sedih dgn perubahan UNIC. Is seperti mencemarkan peribadi Muslim.
“Kalian patut tahu yang kalian adalah duta Muslim. Making a game tournament is a really wrong decision. Harap kalian sedar semula,” tulis individu tersebut menerusi perbualan Direct Message (DM) di Instagram.
“Pandangan korang cane? Terima kasih atas pandangan.. adakah semua yang pemain pubg ini mencemar imej peribadi muslim?
“Jika event anjuran unic mencemarkan imej peribadi muslim, kat part mana? Nk kena tau x jgk utk unic perbaiki. Apa pn thanks kerana sygkan unic.
“Dak2 yg join ritu, ce bg komen sket,” tulis Fakhrul yang merupakan salah seorang anggota kumpulan UNIC.
Lalu, netizen ada meninggalkan komen pelbagai terhadap perkongsian tersebut.
Terdahulu, kumpulan yang popular dengan lagu Ainul Mardhiah ini mengadakan pertandingan PUBG bersama sekumpulan remaja dengan menggunakan tanda pagar #PUBGunicPaduBossku.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...