Nadya Syahera atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli mengakui dia dan suami yang juga ahli perniagaan, Fizul Nawi kini dalam proses membaik pulih hubungan.

Malah, pelakon ini juga masih tinggal sebumbung, meski suaminya kerap berada di luar kawasan atas tuntutan kerja seperti yang petik Harian Metro.

“Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.

“Kalau ada salah, saya cuba perbaiki diri. Macam suami pun, dia semakin faham apa yang dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya. Pendek kata, dia tahu kesalahan yang dibuat.

“Disebabkan itu, saya memberinya peluang kedua untuk dia membetulkan keadaan. Harap dia hargai peluang ini. Jika sebaliknya, tak tahu nak cakap apa lagi,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Pelakon berusia 26 tahun yang sinonim menerusi watak Bella dalam drama rantaian, Dia Semanis Honey turut menambah, dia seboleh-bolehnya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina kira-kira sejak empat tahun lalu.

“Kalau boleh tidak mahu bercerai. Siapa yang inginkan perceraian. Malah, saya akan cuba sehabis baik untuk pertahankan perkahwinan ini. Namun, jika usaha ini gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian, saya reda.

View this post on Instagram

Raya ketiga. Team purple harini 💜

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

IKLAN

“Dalam masa sama, kedua belah keluarga sentiasa memberikan nasihat. Mereka mahu kami selesaikan cara baik. Paling penting kata mereka adalah komunikasi,” jelas Nadya jujur.

Bulan lalu, Nadya ada mendedahkan mengenai kes suaminya yang didakwa berlaku curang dengan seorang wanita yang juga anak kepada pengasas produk di Kelantan selepas mendapat bukti bergambar.

Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu.

IKLAN

Pasangan ini berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, keduanya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Nadya Syahera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI