Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

Dalam kesempatan itu, penyanyi Linda Rafar ada meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman apabila dia dan sekeluarga akan melalui Ramadan tahun ini tanpa ibu tercinta.

“Kejap je nak puasa pastu raya… Tahun ni fasa baru nk lalui tanpa arwah mak..
Nampak linda kuat tp linda ni yg paling lemah n x bermaya tanpa org kuat d sisi..
Hidup linda bergantung harap pd mak n family..

“Jika xde mereka hidup linda takkan kuat.. Dugaan demi dugaan yg allah beri namun linda sentiasa berfikiran positif n yakin setiap kesabaran di malas dgn ganjaran yg amat besar..

IKLAN

“Tahun ni niat nk puasa di Mekah tapi masih blum ada kata putus.. Doakan linda trus kuat ye.. Insyaallah dgn izin allah pasti sesuatu yg d hajati di makburkan Allah SWT,” tulis Linda.

Foto throwback yang dikongsikan Linda turut merakamkan kenangan manis dia dan suami, Syed Aiman bergambar bersama arwah ibunya.

IKLAN

Terdahulu, arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam awal Januari lalu akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

View this post on Instagram

Miss u mak?? Dalam perbalahan tanpa penghujung, dalam kekerasan hati manusia, dalam keperitan saya dan keluarga dihina dicaci maki, insan yang cuba dibela nasib dan haknya kini telah pergi selamanya. Sesungguhnya allah swt adalah sebaik2 perancang, bonda pergi di penghulu segala hari, dikelilingi anak2 di sisi. Dalam redha, masih ralat penghinaan yang dilemparkan ini turut terpalit kepada insan ini yang langsung tidak berpeluang membela dirinya hinggalah dia tinggalkan kita semua. kesalnya tak dapat saya gambarkan. Sedih masih membelenggu. Airmata masih bergenang. Terima kasih tidak terhingga bagi yg mendoakan saya, keluarga dan arwah ibu. Allah swt sahaja dapat membalasnya. Bagi saya, kemenangan ibu mendahului kita yang masih tinggal di dunia ini dan selebihnya hanya Dia yang maha mengetahui. Saya berterima kasih atas respon pihak hospital shah alam untuk membuat siasatan terperinci ke atas aduan saya. Selebihnya, saya telah melantik @hafidzahhassan dari Nurul Hafidzah& Associates @nha_lawfirm mewakili saya dalam menganalisa sebarang bentuk kebarangkalian untuk membuat tindakan selanjutnya ke atas pihak pihak yang bertanggungjawab dalam menghina dan menjatuhkan maruah saya dan keluarga.. #prayforlindarafar ??

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

IKLAN

View this post on Instagram

Al-Fatihah.. Ya Allah.. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya.. Muliakanlah tempatnya.. Luaskanlah.. Terangilah.. Dan Harumkanlah persemadiannya.. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.. Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya.. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.. Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api nerakaَ.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMasukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH… ~ Aamiin ya robbal alaamiin ~

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Foto : IG Linda Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI