Selepas genap seminggu isteri melahirkan cahaya mata ketiga, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Haziq turut memaklumkan dia dan isteri, Ayunda Putri telah bersetuju untuk menamakan puteri mereka Charissa Azzahra.
“MashaAllah Tabarakallah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan
“Lahir 25 May 2022 9.52am, 3.05kg. Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini turut meletakka pengharapan agar anaknya itu membesar menjadi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut memuji wajah comel bayi berkenaan.
“Eiii mata dia so cute. Tahniah buat korang berdua.
“Selamat datang ke dunia Charissa.
“Cantiknya kamu wahai anak.
“MasyaAllah comelnya awak ni.
Comelnya ada lesung pipit tu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terhadulu, Putri telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada tanggal 25 Mei lalu.
Haziq dan Putri telah mendirikan rumah tangga mereka pada Julai 2016 dan terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar duka dari tanah seberang, pelakon veteran terkenal Indonesia, Rima Melati telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di RSPAD Gatoet Soebroto, Jakarta.
Pelakon tersebut yang juga pernah duduk di kerusi pengarah telah dimasukkan ke hospital pada awal Jun 2022 dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Perihal kematian pelakon veteran ini telah disampaikan oleh menantu mendiang, Marisa Tumbuan menerusi Insta-story.
“Telah berpulang dengan tenang ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa, Ibu Rima Melati, ibunda dan mentua terkasih kepada Aditya Tumbuan dan Marisa Tumbuan pada hari Khamis, 23 Jun 2022, pukul 3.14 petang di RSPAD Jakarta Pusat.
“Mohon doa dan mohon dimaafkan semua kesalahan-kesalahan beliau. Tuhan memberkati kita semua. Amin,” tulisnya.
Menurut maklumat yang disampaikan Marisa, ketika ini jenazah mendiang ibu mentuanya telah ditempatkan di Ruangan Kamboja, RSPAD sebagai lokasi rumah duka untuk tetamu memberikan penghormatan.
Rima Melati atau nama asalnya Marjolien Tambajong dilahirkan pada 22 Ogos 1937 merupakan anak kepada pereka fesyen terkenal Indonesia ketika itu, Non Kawilarang.
Sepanjang hidupnya sebagai anak seni, wanita kelahiran Tandano, Sulawesi ini pernah memenangi Piala Citra pelakon wanita terbaik pada tahun 1973. Piala Citra merupakan sebuah anugerah tertinggi untuk menghargai bakat pemain seni Indonesia.
Mendiang Rima bekahwin dengan Frans Tumbuan pada 1973 sehingga kematian suaminya itu pada 2015. Hasil pernikahan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.